ADVOKASI SEMPERNA FESTIVAL KONVOKESYEN UNIMAP KE 12
Tarikh : 1 November 2017
Masa : 9.00 Pagi sehingga 1.00 Petang
lokasi : Universiti Malaysia Perlis
Peserta : 120 Orang
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada warga komuniti Unimap tentang advokasi yang terdiri daripada Online Grooming, Mobile E-waste, Klik Dengan Bijak dan Check Your Label.
Aktiviti
Program ini telah disertai oleh 8 buah Pusat Internet yang terdapat di daerah Pendang. Antara Pusat Internet tersebut adalah Pusat Internet Felda Sungai Tiang, Pusat Internet Sg Korok, Pusat Internet Pondok Chegar, Pusat Internet Bukit Raya, Pusat Internet Bukit Jenun, Pusat Internet Paya Mengkuang, Pusat Internet Bukit Sekechong dan Pusat Internet Kubur Panjang.
Satu booth telah diadakan oleh petugas Pusat Internet Kluster Pendang dan setiap pengunjung yang hadir ke booth Pusat Internet akan diberikan penerangan ringkas mengenai Online Grooming, Mobile E-waste, Klik Dengan Bijak. Dan Check Your Label.
Online grooming adalah pembentukan atau didikan keperibadian kanak-kanak oleh pemangsa supaya kanak-kanak itu mengikut arahan pemangsa untuk pelbagai tujuan termasuk seksual, keganasan dan jenayah.
Mobile E-waste merupakan satu kempen yang diadakan bertujuan untuk menggalakkan orang ramai mengitar semula telefon lama. Hal ini adalah kerana bahan pembuatannya tidak boleh terurai secara semulajadi dan mengandungi komponen berbahaya yang boleh mencemarkan alam sekitar serta kesihatan manusia.
Klik Dengan Bijak merupakan kempen yang diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua tentang risiko yang mungkin dihadapi apabila seseorang itu melayari internet. Internet mempunyai kebaikannya, namun kita haruslah beringat bahawa ia juga mempunyai keburukan jika disalahgunakan. Melalui internet, seseorang itu mungkin terdedah kepada risiko seperti penipuan dan buli siber.
Check Your Label adalah kempen untuk menggalakkan orang ramai supaya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai tanda pengesahan peralatan tertsebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Orang ramai boleh memeriksa label peralatan tersebut melalui aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web.
Aktiviti Origami
Tarikh : 17 Oktober 2017
Masa : 2.30 sehingga 4.30 Petang
lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang,
Pejabat Sebelah Pusat Khidmat Adun Sungai Tiang,
Felda Sungai Tiang,06750 Pendang,Kedah Darul Aman.
Peserta : 8 Peserta
Tujuan
Mengisi masa terluang peserta, Mengajar para peserta supaya menjadi lebih kreatif, Mengajar para peserta cara pembelajaran mengunakan langkah – langkah yang di tunjuk dalam Youtube (video) dan Membuka minda para peserta dengan kemudahan internet kita dapat mencari dan menyelesaikan tugasan kerja yang diberi.
- Aktiviti
-
- Program ini telah diadakan selama 2 jam bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Di dalam program ini, peserta menggunakan internet sebagai sumber rujukan.Mereka menggunakan sumber rujukan daripada video yang dimuat naik kedalam youtube sebagai medium pengajaran. Peserta dibekalkan dengan kertas A4 bewarna.Pelbagai jenis ciptaan dihasilkan. Antaranya adalah katak, bunga, itik dan sebagainya.
Negaraku Sehati Sejiwa Bersama Ma’had Al Imam Al Syafie
Date & Time : 7 September 2017
Tarikh & Masa : 9.00 Pagi sehingga 1.00 Petang
Lokasi : Ma’had Al Imam Al Syafie,Sawa Kechil,06700 Pendang,Kedah.
Peserta : 129 Peserta
Tujuan
Program ini diadakan bertujuan untuk sama-sama meraikan Hari Kemerdekaan yang telah disambut pada 31 Ogos yang lalu. Ianya amat penting supaya sikap sayangkan negara terpahat di dalam jiwa setiap warga Ma’had Al Imam Al Syafie.
Aktiviti
Beberapa aktiviti utama telah dilaksanakan sepanjang program ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah aktiviti perbarisan, lakonan, dam ular , explorace , teka silang kata dan kuiz.
Program Dashboard Komuniti 2017
Tarikh : 23 September 2017 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi sehingga 2.00 Petang
lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang,
Pejabat Sebelah Pusat Khidmat Adun Sungai Tiang,
Felda Sungai Tiang,06750 Pendang,Kedah Darul Aman.
Peserta : 60 Peserta
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai kemudahan dan kebaikan dashboard komuniti.
Aktiviti
Aktiviti utama program tersebut adalah aktiviti yang berkaitan dengan dashboard komuniti.Aktiviti dashboard merangkumi taklimat modul-modul, muat turun aplikasi dashboard komuniti, my health (pemeriksaan kesihatan), My Komuniti (hebahan komuniti setempat), My Soal (aduan komuniti setempat) dan my shop (produk usahawan).
Advokasi “ Online Grooming “ Bersama Guru Sekolah Rendah Islam Islah Pendang
Tarikh : 18 Ogos 2017 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi sehingga 11.00 Pagi
Tempat : Sekolah Rendah Islam Islah, Hadapan Taman Selesa,06700 Pendang Darul Aman.
Peserta : 45 Orang
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada warga pendidik Sekolah Rendah Islam Islah mengenai “Online Grooming” dan seterusnya berkongsi pengetahuan bersama orang ramai terutamanya para pelajar.
Online grooming adalah pembentukan atau didikan keperibadian kanak-kanak oleh pemangsa supaya kanak-kanak itu mengikut arahan pemangsa untuk pelbagai tujuan termasuk seksual, keganasan dan jenayah.
Aktiviti
Aktiviti pertama yang dijalankan sepanjang program berlangsung adalah sesi penyampaian taklimat oleh petugas Pusat Internet Kluster Pendang mengenai maksud online grooming, tujuan ia dilakukan, mengapa ia dilakukan dan seterusnya langkah-langkah yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini daripada berleluasa.
Seterusnya dijalankan pula sesi soal jawab iaitu kuiz mengunakan aplikasi kahoot iaitu satu aplikasi permainan berasaskan pembelajaran .
Sesi seterusnya adalah sesi pemyampaian hadiah kepada peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz dan sesi penyampaian cenderahati kepada pensyarah dan staff yang banyak memberi kerjasama sehingga berjayanya program tersebut dilaksanakan.
Sesi terakhir adalah sesi bergambar di antara Petugas Pusat Interent Kluster Pendang bersama semua peserta program sebagai tanda kenang-kenangan.