Program Literasi ICT dan Dashboard Komuniti 2017

 

Tarikh : 12 Ogos 2017 (Sabtu)

Masa : 9.00 Pagi sehingga 5.00 Petang

Tempat : Pusat Internet Felda Sungai Tiang,

Peserta : 85 Orang

 

 Tujuan 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai literasi ICT dan dashboard komuniti.

 

Aktiviti 

Peserta-peserta yang menyertai setiap aktiviti yang dijalankan seperti pemeriksaan kesihatan, muat turun aplikasi dashboard komuniti, skrip ke skrin, asas fotografi produk, kuiz klik dengan bijak dan kolaj klik dengan bijak  mendapat goodies yang disediakan oleh pihak MSD seperti beg sekolah, towel, note book, tuppawer, file pocket, paying dan beberapa barangan lagi. Manakala bagi aktiviti cabutan bertuah pula mereka mendapat hamper dan goodies msd.

Gambar di sini

 

Online Grooming Semperna Program Pemantapan Kualiti Peribadi Bersama

Warga IPG Kampus Sultan Abdul Halim

 

Tarikh : 13 Julai 2017

Masa : 8.15 Pagi sehingga 10.00 Pagi

Tempat : Dewan Munsyi, IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sg Petani Kedah

Peserta : 187 Orang

 

Tujuan 

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim mengenai “Online Grooming” . Online grooming adalah pembentukan atau didikan keperibadian kanak-kanak oleh pemangsa supaya kanak-kanak itu mengikut arahan pemangsa untuk pelbagai tujuan termasuk seksual, keganasan dan jenayah.

 

Aktiviti 

Sesi pertama yang dijalankan adalah sesi penyampaian taklimat yang disampaikan oleh petugas Pusat Internet Kluster Pendang mengenai maksud online grooming,tujuan berlakunya online grooming dan seterusnya langkah-langkah yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini daripada berleluasa. Seterusnya dijalankan pula sesi soal jawab iaitu kuiz mengunakan aplikasi kahoot iaitu satu aplikasi permainan berasaskan pembelajaran .

Sesi seterusnya adalah sesi pemyampaian hadiah kepada peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz dan sesi penyampaian cenderahati kepada pensyarah dan staff yang banyak memberi kerjasama sehingga berjayanya program tersebut dilaksanakan. Sesi terakhir adalah sesi bergambar di antara Petugas Pusat Interent Kluster Pendang bersama semua peserta program sebagai tanda kenang-kenangan.

Gambar di sini

 

 

Program Edaran Bubur Lambuk 

 

Tarikh : 10 Jun 2017

Masa : 8.30 Pagi sehingga 5.00 Petang

Tempat : Bazar Ramadan Pekan Pendang, Petronas dan Shell Pendang

Peserta : Penduduk Pekan Pendang dan sekitarnya

 

Tujuan

Bersama-sama dengan Group Facebook Pendang, Pusat Internet Kluster Pendang mengambil peluang untuk bersama-sama menyertai program edaran bubur lambuk untuk warga masyarakat Pendang. Program ini diadakan bertujuan  untuk bersama-sama berkongsi rezeki bersama individu lain.

 

Aktiviti

Pusat Internet Kluster Pendang  yang terdiri daripada Internet Felda Sungai Tiang, Pusat Internet Sg Korok, Pusat Internet Pondok Chegar, Pusat Internet Bukit Raya, Pusat Internet Bukit Jenun, Pusat Internet Paya Mengkuang, Pusat Internet Bukit Sekechong, Pusat Internet Ayer Puteh dan Pusat Internet Kubur Panjang telah mengambil peluang untuk menyertai program edaran bubur lambuk yang dianjurkan oleh Group Facebook Pendang. Program bermula sekitar jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 5.00 petang.

Program ini dimulakan dengan sesi memasak bubur lambuk pada waktu pagi. Bubur lambuk yang siap dimasak seterusnya dibungkus untuk diedarkan kepada warga masyarakat Pendang. Pada sebelah petangnya, sesi edaran bubur lambuk pula dilakukan. Antara lokasi yang disasarkan untuk mengedarkan bubur lambuk adalah Bazar Ramadan Pekan Pendang, Petronas dan Shell Pendang.

Gambar di sini

 

 

KDB Online Grooming Bersama Guru Kafa Daerah Pendang

 

Tarikh : 14 Jun 2017

Masa : 9.00 sehingga 11.00 Pagi

Tempat : Majlis Sultanah Haminah Tanah Merah Pendang

Peserta : 256 Orang

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru kafa bagi Daerah Pendang mengenai Online Grooming iaitu pembentukan atau didikan keperibadian kanak-kanak oleh pemangsa supaya kanak-kanak itu mengikut arahan pemangsa. Diharapkan agar guru-guru kafa memahami dan  mengetahui betapa bahayanya online grooming dan seterusnya menyampaikan serta menyebarkan perkara ini kepada semua individu supaya berhati-hati.

 

Aktiviti

Program telah dijalankan selama 2 jam. Sesi pertama yang dijalankan adalah sesi penyampaian taklimat disampaikan oleh petugas Pusat Internet Kluster Pendang mengenai maksud online grooming,tujuan online grooming dan seterusnya langkah-langkah yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini daripada berleluasa. Seterusnya dijalankan pula sesi soal jawab.Ini bertujuan untuk membolehkan guru-guru kafa menanyakan soalan atau pun melontarkan pandangan sekiranya mereka tidak memahami atau mempunyai pandangan mengenai isu online grooming ini.

Gambar di sini