ADVOKASI SEMPERNA FESTIVAL KONVOKESYEN UNIMAP KE 12

 

Tarikh         : 1 November 2017 

Masa          : 9.00 Pagi sehingga 1.00 Petang

lokasi          : Universiti Malaysia Perlis

Peserta       : 120 Orang

Tujuan 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada warga komuniti Unimap tentang advokasi yang terdiri daripada Online Grooming, Mobile E-waste, Klik Dengan Bijak dan Check Your Label.

Aktiviti

Program ini telah disertai oleh 8 buah Pusat Internet yang terdapat di daerah Pendang. Antara Pusat Internet tersebut adalah  Pusat Internet Felda Sungai Tiang, Pusat Internet Sg Korok, Pusat Internet Pondok Chegar, Pusat Internet Bukit Raya, Pusat Internet Bukit Jenun, Pusat Internet Paya Mengkuang, Pusat Internet Bukit Sekechong dan Pusat Internet Kubur Panjang.

Satu booth telah diadakan oleh petugas Pusat Internet Kluster Pendang dan setiap pengunjung yang hadir ke booth Pusat Internet akan diberikan penerangan ringkas mengenai  Online Grooming, Mobile E-waste, Klik Dengan Bijak. Dan Check Your Label.

Online grooming adalah pembentukan atau didikan keperibadian kanak-kanak oleh pemangsa supaya kanak-kanak itu mengikut arahan pemangsa untuk pelbagai tujuan termasuk seksual, keganasan dan jenayah.

Mobile E-waste merupakan satu kempen yang diadakan bertujuan untuk menggalakkan orang ramai mengitar semula telefon lama. Hal ini adalah kerana bahan pembuatannya tidak boleh terurai secara semulajadi  dan mengandungi komponen berbahaya yang boleh mencemarkan alam sekitar serta kesihatan manusia.

 Klik Dengan Bijak merupakan kempen yang diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua  tentang risiko yang mungkin dihadapi apabila seseorang itu melayari internet. Internet mempunyai kebaikannya, namun kita haruslah beringat bahawa ia juga mempunyai keburukan jika disalahgunakan. Melalui internet,  seseorang itu mungkin terdedah kepada risiko seperti penipuan dan buli siber.

Check Your Label adalah kempen untuk menggalakkan orang ramai supaya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai tanda pengesahan peralatan tertsebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Orang ramai boleh memeriksa label peralatan tersebut melalui aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web.

Gambar di sini