KELAS MULTIMEDIA (VIDEO)

 

Tarikh         : 13 Disember 2017 

Masa          :  10.30 Pagi sehingga 12.30 Tengahari

lokasi          : Pusat Internet Felda Sungai Tinag

Peserta       : 2 Peserta

 

Tujuan  

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai langkah-langkah yang boleh dilakukan dalam menghasilkan video pendek yang menarik dan kreatif. Pelbagai aplikasi boleh digunakan dalam menghasilkan sesebuah video antaranya aplikasi Powtoon.

 

Aktiviti

Bagi menghasilkan sebuah video yang menarik dan kreatif, peserta diajar menggunakan aplikasi Powtoon. Pada permulaan kelas, petugas memberi tunjuk ajar mengenai cara-cara penggunaan powtoon. Setelah semua peserta memahami apa yang disampaikan oleh petugas, mereka dikehendaki menghasilkan sebuah video pendek yang menarik dan kreatif mengikut kreativiti mereka sendiri.

Gambar di sini

PAMERAN SEMPERNA KARNIVAL PENGGUNA BERSEMPERNA SAMBUTAN JUBLI PERAK PERSATUAN PENGGUNA KEDAH

 

Tarikh         : 2 sehingga 3 Disember 2017 

Masa          : 9.00 Pagi sehingga 5.00 Petang

lokasi          : Mini Stadium Pendang, Pendang, Kedah Darul Aman.

Peserta       : 70 Peserta

 

Tujuan  

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengadakan pameran semperna Karnival Pengguna yang diadakan.

 

Aktiviti 

Aktiviti utama program tersebut adalah taklimat dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan klik dengan bijak, online grooming, mobile e-waste dan check your label. Antara aktiviti yang dilakukan adalah dam ular klik dengan bowling, bowling ict, kuiz dan juga teka silang kata.

Gambar di sini

 

 

Program Hari  Dashboard Komuniti 2017

Tarikh         : 18 November 2017 (Sabtu)

Masa          : 9.00 Pagi sehingga 2.00 Petang

lokasi          : Pusat Internet Felda Sungai Tiang, 

                      Pejabat Sebelah Pusat Khidmat Adun Sungai Tiang,

                      Felda Sungai Tiang,06750 Pendang,Kedah Darul Aman.

Peserta       : 71 Peserta

Tujuan  

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai kemudahan dan kebaikan dashboard komuniti.

Aktiviti 

Aktiviti utama program tersebut adalah aktiviti yang berkaitan dengan dashboard komuniti.Aktiviti dashboard merangkumi taklimat modul-modul, muat turun aplikasi dashboard komuniti, my health (pemeriksaan kesihatan), My Komuniti (hebahan komuniti setempat), My Soal (aduan komuniti setempat) dan my shop (produk usahawan).

Gambar di sini

 PERLANCARAN MENARIK DI PENDANG

 

Tarikh    : 23  - 26 November 2017

Masa      : 9.00 Pagi- 10.00 Malam

Tempat   : Mini Stadium Pendnag

Peserta  : 200 

 

Tujuan

“Menarik Di Pendang” merupakan satu inisiatif yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memperkasakan daerah Pendang sebagai destinas tarikan pelancong. Ini termasuklah memperkenalkan destinasi makanan yang popular, tempat pelancongan, lokasi penginapan serta produk-produk usahawan tempatan yang boleh diketengahkan. Pusat Internet  Kluster Pendang bertindak sebagai pelaksana bagi menjayakan agenda “Menarik Di Pendang”. Dengan itu, pelancaran Menarik Di Pendang bertujuan untuk menghebahkan kepada umum secara rasmi berkaitan Menarik Di Pendang sebagai satu platform untuk mengetengahkan dan memajukan daerah Pendang sebagai destinasi yang dikenali ramai dari segenap aspek termasuk sosio-ekonomi, politik, pendidikan, dan kebudayaan. Pelancaran Menarik Di Pendang ini diadakan sempena dengan sambutan Program Pesta Pendang 2017 yang berlangsung selama empat hari daripada 23 hingga 26 November 2017.

 Antara objektif yang ingin disasarkan adalah:

I. Memperkenalkan platform Menarik Di Pendang dan tujuannya diwujudkan kepada seluruh masyarakat.
II. Mewujudkan hubungan dua hala antara dengan agensi-agensi yang berkaitan bagi tujuan menjayakan Menarik Di Pendang.
III. Mengeratkan hubungan bersama antara pemimpin tempatan serta masyarakat seluruhnya bagi kemajuan daerah Pendang.
IV. Memperkasakan dan memajukan daerah Pendang sebagai destinasi yang dikenali ramai dari segenap aspek.
V. Menggalakkan penyertaan menyeluruh komuniti dalam menjayakan Menarik Di Pendang
VI. Menerima maklum balas dan cadangan komuniti setempat untuk tujuan penambahbaikan perkhidmatan yang sedia ada.

 

Aktiviti

  • Jualan dan Pameran
  • Himpunan Perdana Pelajar-pelajar Taklim Daerah Pendang
  • Malam Kesenian Islam (Ceramah Agama oleh Datuk Ustaz Kazim Elias)Bengkel Kesenian Masyarakat Siam
  • Hari Keluarga LPPKN
  • Persembahan Kebudayaan Masyarakat Siam
  • Upacara Perasmian Pembukaan Pesta Pendang 2017 dan Pelancaran “Menarik Di Pendang”
  • Persembahan Mek Mulung dan Tarian Kebudayaan 
  • Pertandingan Memancing dan Fun Ride Pesta Pendang 
    Sukan Rakyat
    Persembahan Pentas oleh Artis Terkenal
    Pertandingan Masakan Tradisional/Menu Rakyat
    Persembahan Ghazal Party

  • Gambar disini

 

 

PERTANDINGAN DAM ULAR KLIK DENGAN BIJAK

 

Tarikh         : 13 November 2017 

Masa          :   2.15 Petang sehinggan 4.15 Petang

lokasi          : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta       : 7 Orang

Tujuan

Tujuan aktiviti  ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua peserta  tentang risiko yang mungkin dihadapi apabila seseorang itu melayari internet kerana mereka mungkin terdedah kepada risiko seperti penipuan dan buli siber. Dengan adanya aktiviti ini, sedikit sebanyak ia dapat membantu mereka supaya lebih berhati-hati dan beringat ketika melayari internet bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara yang tidak diingini. 

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan ringkas mengenai klik dengan bijak. Setelah setiap peserta memahami maklumat yang disampaikan oleh petugas, pertandingan dam ular klik dengan bijak dimulakan. Peserta yang sampai terlebih dahulu dipetak yang ke 100 merupakan juara bagi pertandingan ini.

 Gambar disini