KELAS MICROSOFT OFFICE EXCEL
Tarikh : 8 Februari 2018 Masa : 10.30 Pagi sehingga 12.30 Tengahari lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 1 Peserta |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai fungsi penggunaan Microsoft Excel. Ia digunakan untuk merekod data seperti alamat, data kewangan perniagaan, pendapatan dan perbelanjaan, membuat pengiraan dan juga untuk membuat carta dan graf.
Aktiviti
Peserta diberi tunjuk ajar mengenai fungsi dan cara penggunaan Microsoft Excel. Bagi memastikan peserta dapat memahami dengan lebih jelas penggunaannya, latihan diberikan yang merangkumi cara perekodan data, membuat pengiraan dan juga carta serta graf.
JELAJAH SEBENARNYA.MY
Tarikh : 1 Februari 2018 Masa : 2.30 Petang sehingga 11.00 Tengahari lokasi : Dewan Diamond Pendang Lake & Kompleks JKKK Bukit Mak Inson Peserta : 300 Peserta |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai bahayanya penyebaran maklumat palsu kerana ia merupakan musuh utama negara.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti telah diadakan iaitu :
-Taklimat sebenarnya.my
-Sukaneka
-Dam ular
-Kuiz
-Forum Perdana
-Tayangan video
-Cabutan bertuah
AKTIVITI MEREKA KAD UCAPAN
Tarikh : 17 Januari 2018 Masa : 2.30 Petang sehingga 4.30 petang lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 4 Peserta |
Tujuan
Tujuan kelas Microsoft Word diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan dan fungsi penggunaan Microsoft Word dalam kehidupan peribadi seperti menulis surat, resume, membuat kertas kerja dan sebagainya.
Aktiviti
Dengan menggunakan microsoft word mereka dikehendaki menghasilkan satu kad ucapan yang kemas dan kreatif untuk diberikan kepada kawan-kawan, ahli keluarga, guru dan sebagainya.
LATIHAN KEUSAHAWANAN
Tarikh : 24 Januari 2018 Masa : 11.00 Pagi sehingga 1.00 Tengahari lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 2 Peserta |
Tujuan
Penghasilan risalah melalui pengunaan Microsoft Word untuk tujuan memaklumkan kepada orang ramai mengenai produk,acara, perkhidmatan dan tawaran istimewa untuk memajukan sesebuah perniagaan.
Aktiviti
Dengan menggunakan microsoft word peserta dikehendaki menghasilkan beberapa risalah yang menarik dan kreatif bagi tujuan memaklumkan kepada orang ramai mengenai tawaran istimewa.
KELAS MICROSOFT OFFICE (WORD)
Tarikh : 12 Januari 2018 Masa : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 4 Peserta |
Tujuan
Tujuan kelas Microsoft Word diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan dan fungsi penggunaan Microsoft Word dalam kehidupan peribadi seperti menulis surat, resume, membuat kertas kerja dan sebagainya.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada kaum wanita dan anak-anak mereka yang merupakan pelajar sekolah rendah. Mereka mengambil peluang yang ada untuk sama-sama mendalami ilmu ict. Pada permulaan kelas, mereka diberikan penerangan dan tunjuk ajar mengenai fungsi dan cara penggunaan Microsoft Word. Setelah mereka dapat menguasai ilmu yang disampaikan, mereka diberikan latihan bagi memahirkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa yang diajarkan.