Program Edaran Bubur Lambuk
Tarikh : 10 Jun 2017
Masa : 8.30 Pagi sehingga 5.00 Petang
Tempat : Bazar Ramadan Pekan Pendang, Petronas dan Shell Pendang
Peserta : Penduduk Pekan Pendang dan sekitarnya
Tujuan
Bersama-sama dengan Group Facebook Pendang, Pusat Internet Kluster Pendang mengambil peluang untuk bersama-sama menyertai program edaran bubur lambuk untuk warga masyarakat Pendang. Program ini diadakan bertujuan untuk bersama-sama berkongsi rezeki bersama individu lain.
Aktiviti
Pusat Internet Kluster Pendang yang terdiri daripada Internet Felda Sungai Tiang, Pusat Internet Sg Korok, Pusat Internet Pondok Chegar, Pusat Internet Bukit Raya, Pusat Internet Bukit Jenun, Pusat Internet Paya Mengkuang, Pusat Internet Bukit Sekechong, Pusat Internet Ayer Puteh dan Pusat Internet Kubur Panjang telah mengambil peluang untuk menyertai program edaran bubur lambuk yang dianjurkan oleh Group Facebook Pendang. Program bermula sekitar jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 5.00 petang.
Program ini dimulakan dengan sesi memasak bubur lambuk pada waktu pagi. Bubur lambuk yang siap dimasak seterusnya dibungkus untuk diedarkan kepada warga masyarakat Pendang. Pada sebelah petangnya, sesi edaran bubur lambuk pula dilakukan. Antara lokasi yang disasarkan untuk mengedarkan bubur lambuk adalah Bazar Ramadan Pekan Pendang, Petronas dan Shell Pendang.