KDB Online Grooming Bersama Guru Kafa Daerah Pendang

 

Tarikh : 14 Jun 2017

Masa : 9.00 sehingga 11.00 Pagi

Tempat : Majlis Sultanah Haminah Tanah Merah Pendang

Peserta : 256 Orang

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru kafa bagi Daerah Pendang mengenai Online Grooming iaitu pembentukan atau didikan keperibadian kanak-kanak oleh pemangsa supaya kanak-kanak itu mengikut arahan pemangsa. Diharapkan agar guru-guru kafa memahami dan  mengetahui betapa bahayanya online grooming dan seterusnya menyampaikan serta menyebarkan perkara ini kepada semua individu supaya berhati-hati.

 

Aktiviti

Program telah dijalankan selama 2 jam. Sesi pertama yang dijalankan adalah sesi penyampaian taklimat disampaikan oleh petugas Pusat Internet Kluster Pendang mengenai maksud online grooming,tujuan online grooming dan seterusnya langkah-langkah yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini daripada berleluasa. Seterusnya dijalankan pula sesi soal jawab.Ini bertujuan untuk membolehkan guru-guru kafa menanyakan soalan atau pun melontarkan pandangan sekiranya mereka tidak memahami atau mempunyai pandangan mengenai isu online grooming ini.

Gambar di sini