PEDi Felda Sungai Tiang telah mula beroperasi sejak tahun 2009. Berikut merupakan jumlah keahlian yang diperolehi mengikut tahun:

Tahun Jumlah
2009 109
2010 504
2011 151
2012 92
2013 142
2014 291
2015 68
2016 116
2017 99
2018 111
2019 71
2020 38
2021 17
2022 48

     

 Jumlah keseluruhan : 1849 Ahli

 

PEDi Felda Sungai Tiang


 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Objektif penubuhan  Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar kebangsaan di mana bagi merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan. Selain itu, kami juga memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan, memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet. Di samping itu juga Pusat Internet  (PI) berperanan untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di  Pusat Ekonomi Digital (PEDi).

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat menjadikan  Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sebagai rangkaian utama kepada setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (SchoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Hasrat ini sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.

Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan WiFi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan tekonologi maklumat seperti 20 buah komputer lengkap dengan perisian, pencetak dan pengimbas, program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan penolong pengurus. Selain itu juga,  Pusat Ekonomi Digital (PEDi) juga menawarkan perkhidmatan dan latihan kepada pengguna dan penduduk sekitar seperti program pembangunan modal insan dan keusahawanan, kempen kesedaran ICT dan perkhidmatan E-Government.

Penggunaan  Pusat Ekonomi Digital (PEDi) terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia. Pendaftaran sebagai ahli hanya RM5.00 seorang (sekali seumur hidup). Ahli  Pusat Ekonomi Digital (PEDi) juga layak mengikuti kelas-kelas ICT dan aktiviti berkaitan secara PERCUMA.

 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Sungai Tiang menyediakan perkhidmatan iaitu :

  • E-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government).
  • E-Pembelajaran (e-Learning).
  • Pengumpulan dan Pertukaran Maklumat.
  • Pusat Komunikasi.
  • Pusat Pembangunan Aplikasi berdasarkan Perkongsian Perisian.
  • Pusat Peperiksaan dan Persijilan.
  • Khidmat nasihat yang berkaitan dengan ICT.
  • Perkhidmatan internet jalur lebar, printing, scaning, fotostat, laminate, binding.


ALAMAT
PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi),
BANGUNAN SEBELAH PUSAT KHIDMAT ADUN SUNGAI TIANG,
FELDA SUNGAI TIANG,
06750 PENDANG,KEDAH DARUL AMAN.
 WAKTU OPERASI
BUKA SETIAP HARI (KECUALI CUTI UMUM)
DARI :9.00 PAGI – 6.00 PETANG