Advokasi “ Online Grooming “ Bersama Guru Sekolah Rendah Islam Islah Pendang

Tarikh : 18 Ogos 2017 (Sabtu)

Masa : 9.00 Pagi sehingga 11.00 Pagi

Tempat : Sekolah Rendah Islam Islah, Hadapan Taman Selesa,06700  Pendang Darul Aman.

Peserta : 45 Orang

Tujuan 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada warga pendidik Sekolah Rendah Islam Islah mengenai “Online Grooming”  dan seterusnya berkongsi pengetahuan bersama orang ramai terutamanya para pelajar.

Online grooming adalah pembentukan atau didikan keperibadian kanak-kanak oleh pemangsa supaya kanak-kanak itu mengikut arahan pemangsa untuk pelbagai tujuan termasuk seksual, keganasan dan jenayah.

Aktiviti 

Aktiviti pertama yang dijalankan sepanjang program berlangsung  adalah sesi penyampaian taklimat oleh petugas Pusat Internet Kluster Pendang mengenai maksud online grooming, tujuan ia dilakukan, mengapa ia dilakukan dan seterusnya langkah-langkah yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini daripada berleluasa.

Seterusnya dijalankan pula sesi soal jawab iaitu kuiz mengunakan aplikasi kahoot iaitu satu aplikasi permainan berasaskan pembelajaran .

Sesi seterusnya adalah sesi pemyampaian hadiah kepada peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz dan sesi penyampaian cenderahati kepada pensyarah dan staff yang banyak memberi kerjasama sehingga berjayanya program tersebut dilaksanakan.

Sesi terakhir adalah sesi bergambar di antara Petugas Pusat Interent Kluster Pendang bersama semua peserta program sebagai tanda kenang-kenangan.

 Gambar di sini