APA ITU GPW
Gerakan Persatuan Wanita (GPW) adalah persatuan wanita yang paling aktif dan dianggotai oleh kesemua penerokawati di Felda. GPW ini diwujudkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR). Tujuan penubuhan GPW ini adalah untuk membolehkan penerokawati juga terlibat dalam pembangunan Felda dan ianya juga menunjukkan bahawa wanita juga tidak ketinggalan dalam memajukan Felda ini.
BILA GPW DITUBUHKAN
- GPW telah diwujudkan sejak penduduk mula menetap di Felda
APA PERANAN GPW
- Gerakan Persatuan Wanita (GPW) ini membantu dan menghantar para ibu tunggal mengikuti kursus untuk membaiki ekonomi keluarga dalam bidang industri kecil dan menderma wang kepada anak-anak yatim yang terdapat dalam Felda ini setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mereka juga turut mengadakan kumpulan nasyid perempuan dewasa. GPW ini juga terlibat secara langsung serta membantu Badan Agama dan masjid untuk menjalankan aktiviti keagamaan.
AKTIVITI-AKTIVITI GPW :
- GPW juga banyak menganjurkan aktiviti yang berkaitan dengan wanita di Felda. Dalam meningkatkan pengetahuan agama di kalangan wanita, kelas agama turut diadakan seperti kelas tafsir Al-Quran, marhaban, berzanji dan tadarus. Marhaban dan berzanji selalunya dianggotai seramai 30 orang dan selalunya diadakan di dalam majlis keramaian dan majlis perkahwinan. Selain itu, majlis bacaan Yaasin turut diadakan pada setiap malam Jumaat yang diadakan di surau, masjid dan juga dibuat dari blok ke blok oleh golongan wanita Felda di. GPW juga terlibat dengan beberapa aktiviti kemasyarakatan seperti membersih dan menceriakan kawasan Felda, senamrobik dan sebagainya yang juga menjadi aktiviti utama golongan wanita di Felda ini.
- GPW juga membantu menyediakan makanan untuk setiap aktiviti yang dijalankan di Felda, mengikuti kelas memasak, mengadakan lawatan sosial ke setiap blok, dan mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Bagi meningkatkan taraf pendidikan anak-anak di Felda, kem jati diri dan motivasi pelajar turut diadakan.
AKTIVITI LAIN GPW :
o Mesyuarat AJK Gerakan Persatuan Wanita.
o Membuat lawatan warga emas, keuzuran dan kebajikan
o Mengadakan ceramah agama setiap minggu
o Mengadakan kelas-kelas bimbingan untuk para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan
o Menganjurkan sambutan Hari Wanita pada setiap tahun
o Menghantar ahli-ahli berkursus atau seminar yang berkaitan dengan pembangunan wanita.
Jawatan Kuasa Kerja GPW Felda Sungai Tiang
Bil | Nama | Blok | Jawatan | |||
1 | Hjh. Salehah bte Hj. Hashim | B4 | Pengerusi GPW | |||
2 | Sofiah bte Shafie | A10 | Setiausaha GPW | |||
3 | Noor Ain bte Sheriff | A3 | Bendahari GPW | |||
4 | Siti Hajar bte Hanafiah | A8 | Pengerusi Biro Pendidikan | |||
5 | Shom bte Osman | A6 | Pengerusi Biro Ekonomi | |||
6 | Che Marina bte Desa | A4 | Pengerusi Biro Kemasyarakatan | |||
7 | Sharipah bte Mat | B2 | Pengerusi Biro Kebudayaan | |||
8 | Tom bte Salleh | B6 | Pengerusi Biro Ugama | |||
9 | Rashidah bte Isris | B3 | Pengerusi Biro Keceriaan | |||
10 | Sharifah bte Salleh | A2 | AJK | |||
11 | Jariah bte Omar | B5 | AJK | |||
12 | Che Dom bte Ismail | A7 | AJK | |||
13 | Zabariah bte Saad | A9 | AJK | |||
14 | Kalsom bte Yaacob | A1 | AJK | |||
15 | Rokiah bte Dali | B7 | AJK | |||
16 | Siti Fatimah bte Mahmud | B8 | AJK | |||
17 | Che Siah bte Osman | B9 | AJK | |||
18 | Radin Mardziah bte Radin Ahmad | B1 | AJK | |||
19 | Mariyam bte Harun | B10 | AJK | |||
20 | Hamidah bte Zakaria | B11 | AJK | |||
21 | Rokiah bte Baharom | B12 | AJK | |||
22 | Ku Sopiah bte Ku Arifin | A12 | AJK | |||
23 | Ku Sharifah bte Ku Hamid | A11 | AJK | |||
24 | Bibah bte Saad | B13 | AJK | |||
25 | Azizon bte Hamid | A5 | AJK | |||
26 | Sharifah bte Hashim | A13 | AJK |
Sumber Rujukan daripada GPW Felda Sungai Tiang - Tahun 2015