KELAS MICROSOFT OFFICE (WORD)
Tarikh : 9 Januari 2018 Masa : 11.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 1 Peserta |
Tujuan
Tujuan kelas Microsoft Word diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan dan fungsi penggunaan Microsoft Word dalam kehidupan peribadi seperti menulis surat, resume, membuat kertas kerja dan sebagainya.
Aktiviti
Peserta pada permulaanya diberikan penerangan dan tunjuk ajar mengenai fungsi dan cara penggunaan Microsoft Word. Setelah mereka dapat menguasai ilmu yang disampaikan, mereka diberikan latihan bagi memahirkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa yang diajarkan.
TAYANGAN VIDEO KLIK DENGAN BIJAK (KDB)
Tarikh : 4 Januari 2018 Masa : 2.30 Petang sehingga 3.30 Petang lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 4 Peserta |
Tujuan
Peserta yang hadir diberi pendedahan kepada panduan keselamatan yang harus mereka amalkan semasa menggunakan internet melalui tayangan beberapa video pendek. Hal ini amatlah penting bagi mengelakkan mereka daripada terdedah kepada risiko-risiko yang tidak diingin yang boleh membawa kepada kemudaratan seperti penipuan dan sebagainya.
Aktiviti
Petugas menayangkan beberapa video pendek yang memaparkan beberapa kisah yang melibatkan permasalahan dan penipuan yang sering berlaku yang membabitkan penggunaan internet.
KELAS MICROSOFT OFFICE (WORD)
Tarikh : 27 Disember 2017
Masa : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari
lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang
Peserta : 2 Peserta
Tujuan
Tujuan kelas Microsoft Word diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan dan fungsi penggunaan Microsoft Word dalam kehidupan peribadi seperti menulis surat, resume, membuat kertas kerja dan sebagainya.
Aktiviti
Peserta pada permulaanya diberikan penerangan dan tunjuk ajar mengenai fungsi dan cara penggunaan Microsoft Word. Setelah mereka dapat menguasai ilmu yang disampaikan, mereka diberikan latihan bagi memahirkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa yang diajarkan.
MAJLIS BACAAN YASSIN
Tarikh : 1 Januari 2018 Masa : 3.00 Petang sehingga 6.00 Petang lokasi : Pusat Internet Kg Paya Mengkuang Peserta : 30 Peserta |
Tujuan
Majlis bacaan Yassin ini diadakan bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan kepada petugas-petugas Pusat yang menerima ujian dan dugaan dari Allah S.W.T. Disamping itu ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara petugas Pusat Internet Kluster Pendang dengan komuniti setempat.
Aktiviti
Program diadakan selama 3 jam bermula pada jam 3 petang sehingga 6 petang.Tepat jam 3 petang komuniti setempat iaitu golongan wanita dan petugas-petugas Pusat Internet Kluster Pendang bersama-sama mengadakan bacaan Yassin. Setelah selesai diadakan bacaan Yassin, satu jamuan ringan telah diadakan.
KELAS E-PEMBELAJARAN (PERMAINAN PENDIDIKAN)
Tarikh : 16 Disember 2017
Masa : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari
lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang
Peserta : 6 Peserta
Tujuan
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta membuat ulangkaji semasa cuti sekolah bagi subjek matematik melalui latihan-latihan yang disediakan di laman web yang berunsurkan permainan pendidikan.
Aktiviti
Peserta dikehendaki menjawab semua soalan matematik yang disediakan di laman web berunsurkan permainan pendidikan. Peserta dikehendaki menjawab dengan betul setiap soalan yang diajukan. Aktiviti ini dapat membantu peserta untuk mengisi masa lapang semasa cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah dan secara tidak langsung mereka turut dapat mengulangkaji pelajaran teruatamanya subjek matematik pada sesi kelas pada kali ini.