JEJAK ADVOKASI BERSAMA BELIA SUNGAI KOROK DENGAN KERJASAMA JOBS MALAYSIA DAN JABIL CIRCUIT SDN.BHD
Tarikh : 5 April 2018 Masa : 10.00 Pagi sehingga 2.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Sungai Korok Peserta : 20 Peserta |
Tujuan
Memperkenal dan mempromosikan Klik Dengan Bijak . Ia merupakan sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Ia penting dalam membendung masalah penyalahgunaan internet yang boleh membawa risiko kepada kandungan-kandungan yang tidak sihat dan tidak bermoral.
Aktiviti
- Pendedahan kepada Klik Dengan Bijak
-Temuduga terbuka operator pengeluaran
PENGENALAN KEPADA INTERNET
Tarikh : 28 Mac 2018 Masa : 2.30 Petang sehingga 4.30 Petang Lokasi : Pusat Interent Felda Sungai Tiang Peserta : 5 Peserta |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada peserta tentang kebaikan dan keburukan serta kegunaan internet untuk mencari maklumat terutamanya yang berkaitan dengan pelajaran.
Aktiviti
Peserta di ajar kepada cara menggunakan internet untuk mencari sesuatu maklumat.
KURSUS MICROSOFT OFFICE (WORD, EXCEL DAN POWERPOINT) BERSAMA MINI RTC SG TIANG
Tarikh :16 Mac 2018 Masa : 9:00 Pagi sehingga 5:00 Petang Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 15 Peserta |
Tujuan
Pendedahan dan pengenalan mengenai microsoft office iaitu word, excel dan powerpoint.
Aktiviti
Program dijalankan selama 8 jam bermula pada pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 5.00 petang. Peserta diberi tunjuk ajar mengenai fungsi dan cara penggunaan word, excel dan powerpoint melalui latihan-latihan yang bersesuaian dengan keperluan dan kehendak peserta.
JEJAK ADVOKASI KOMUNITI BUKIT JENUN BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA ZON 7
Tarikh : 17 Mac 2018 Masa : 8.00 Pagi sehingga 1.00 Tengahari Lokasi : Pusat Interent Pekan Bukit Jenun Peserta : 50 Peserta |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua peserta tentang risiko yang mungkin dihadapi apabila seseorang itu melayari internet kerana mereka mungkin terdedah kepada risiko seperti penipuan dan buli siber. Dengan adanya aktiviti ini, sedikit sebanyak ia dapat membantu mereka supaya lebih berhati-hati dan beringat ketika melayari internet bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara yang tidak diingini.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang berlangsungnya program tersebut adalah penerangan ringkas mengenai KDB, kuiz KDB, teka silang kata, dan dam ular KDB.
PENDAFTARAN ONLINE KEMASUKAN KE TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH
Tarikh : 7 Mac2018 Masa : 10:00 Pagi sehingga 12:00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 3 Peserta |
Tujuan
Membantu dan mengajar ibu bapa tentang teknik mengisi sistem pendaftaran dalam talian untuk kemasukan ke tahun 1 dan permohonan kemasukan ke prasekolah.
Aktiviti
Permulaannya peserta diajar untuk mencipta akaun email. Setelah itu mereka diajar cara membuka lawan web pendaftaran kemasukan ke tahun 1 dan prasekolah serta mengisi semua maklumat yang diperlukan.