E-PEMBELAJARAN ( AKTIVITI PENGUKUHAN MATEMATIK )

Tarikh      : 9 Jun  2018

Masa      :  2.00 Petang sehingga 4.00 Petang 

Lokasi    :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang    

Peserta :   11 Peserta

 

TUJUAN

Semperna cuti sekolah yang telah bermula aktiviti ini diadakan bagi memastikan bahawa para pelajar tidak melupakan pelajaran. Aktiviti Pengukuhan Matematik ini sedikit sebanyak dilihat dapat membantu mereka untuk melakukan ulangkaji pelajaran matematik melalui aplikasi pembelajaran.

 

AKTIVITI

Melalui laman web www.abcya.com, peserta dikehendaki menyelesaikan beberapa soalan dan aktiviti matematik yang terdapat di dalamnya.

Gambar disini

 

 

WORLD QURAN HOUR

Tarikh      : 7 Jun  2018

Masa      :  11.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari

Lokasi    :  Tabika Kemas Sungai Tiang    

Peserta :   60 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada umat Islam agar mendekatkan diri dan memperingati Al-Quran.

 

AKTIVITI

Petugas Pusat Internet , Petugas Pepustakaan Desa Sungai Tiang, guru-guru dan pelajar Tabika Kemas 1,2,3 dan 4  bersama-sama  membaca, memahami dan mengamalkannya. 

Gambar disini

 

CREATIVE GREETING CARD RAYA ACTIVITY

Tarikh      : 23 Mei 2018

Masa      :  2.30 Petang sehingga 4.30 Petang

Lokasi    :  Pusat Interent  Felda Sungai Tiang    

Peserta :   5 Peserta

 

TUJUAN

  • Memberi pendedahan kepada peserta Sekolah Rendah mengenai penggunaan Microsoft Office Word selain daripada tujuan menaip dan menulis surat semata-mata.  Aktiviti ini diadakan untuk melatih dan mendidik peserta supaya kreatif dalam penghasilan kad ucapan hari raya.

 

AKTIVITI

Melalui penggunaan Microsoft Office Word, peserta dikehendaki menyiapkan 1 kad ucapan " Selamat Hari Raya Aidilfitri " yang kreatif, kemas dan menarik. Mereka harus menggunakan setiap fungsi yang terdapat pada Microsoft Office Word tersebut. 

Gambar di sini

 

 

E-PEMBELAJARAN ( AKTIVITI PUZZLE )

Tarikh      : 30 Mei 2018

Masa      :  2.15 Petang sehingga 4.15 Petang

Lokasi    :  Pusat Interent  Felda Sungai Tiang    

Peserta :   8 Peserta

 

TUJUAN

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang latihan atau permainan yang boleh dilakukan secara online.Aktiviti ini dapat melatih kemahiran berfikir dan sifat sabar setiap peserta.

 

AKTIVITI

Peserta diajar cara untuk membuka laman www.jigsawplanet.com dan cara-cara menggendalikannya. Seterusnya mereka dikehendaki menyiapkan beberapa latihan puzzle yang terdapat di dalamnya.

Gambar disini

 

 

MICROSOFT OFFICE WORD (KERJA KURSUS PT3)

Tarikh      : 18 Mei 2018

Masa      : 10.30 Pagi sehingga 12.30 Tengahari

Lokasi    : Pusat Interent  Felda Sungai Tiang    

Peserta :  2 Peserta

 

TUJUAN

  • Memberi tunjuk ajar dan membantu peserta kepada penggunaan Microsoft Office Word dalam usaha untuk memastikan bahawa mereka dapat menyiapkan kerja kursus mata pelajaran Sejarah PT 3 dengan lengkap dan sempurna seperti yang dikehendaki.

 

AKTIVITI

Penggunaan Microsoft Office Word

Gambar di sini