KURSUS MICROSOFT OFFICE (WORD, EXCEL DAN POWERPOINT) BERSAMA MINI RTC SG TIANG
Tarikh :16 Mac 2018 Masa : 9:00 Pagi sehingga 5:00 Petang Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 15 Peserta |
Tujuan
Pendedahan dan pengenalan mengenai microsoft office iaitu word, excel dan powerpoint.
Aktiviti
Program dijalankan selama 8 jam bermula pada pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 5.00 petang. Peserta diberi tunjuk ajar mengenai fungsi dan cara penggunaan word, excel dan powerpoint melalui latihan-latihan yang bersesuaian dengan keperluan dan kehendak peserta.
PENDAFTARAN ONLINE KEMASUKAN KE TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH
Tarikh : 7 Mac2018 Masa : 10:00 Pagi sehingga 12:00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 3 Peserta |
Tujuan
Membantu dan mengajar ibu bapa tentang teknik mengisi sistem pendaftaran dalam talian untuk kemasukan ke tahun 1 dan permohonan kemasukan ke prasekolah.
Aktiviti
Permulaannya peserta diajar untuk mencipta akaun email. Setelah itu mereka diajar cara membuka lawan web pendaftaran kemasukan ke tahun 1 dan prasekolah serta mengisi semua maklumat yang diperlukan.
CREATIVE TIME TABLE
Tarikh : 24 Februari 2018 Masa :10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari Lokasi :Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 4 Peserta |
Tujuan
Aktiviti ini diadakan adalah untu memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik dan cara penggunaan Microsoft office iaitu word dalam penghasilan jadual belajar yang menarik dan kreatif. Secara tidak langsung sedikit sebanyak ia mampu menarik minat peserta untuk mengulangkaji pelajaran.
Aktiviti
Peserta diberikan penerangan tentang fungsi-fungsi yang ada pada Microsoft word. Selepas itu, mereka diajar bermula dari langkah ke langkah tentang teknik penggunaan Microsoft word dalam menghasilkan jadual belajar seperti menghasilkan kotak, menukar saiz dan jenis tulisan serta teknik memasukkan gambar yang menarik.
Setelah peserta memahami maklumat yang disampaikan dan tahu menggunakan fungsi-fungsi yang ada pada Microsoft word, mereka diberi tugasan untuk menghasilkan sendiri jadual belajar mengikut kreativiti mereka sendiri.
KELAS MICROSOFT WORD (SURAT RASMI)
Tarikh : 28 Februari 2018 Masa : 9.30 Pagi sehingga 10.30 Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 1 Peserta |
Tujuan
Aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik dan cara penggunaan Microsoft office iaitu word dalam penghasilan surat rasmi ataupun surat permohonan. yang menarik dan kreatif.
Aktiviti
Peserta diberikan penerangan tentang fungsi-fungsi yang ada pada Microsoft word dalam penghasilan surat rasmi dan peserta dikehendaki menghasilkan sehelai surat rasmi sebagai latihan.
DASHBOARD (MUDAHNYA DENGAN MY KOMUNITI)
Tarikh : 23 Februari 2018 Masa :3.30 Petang sehingga 4.30 Petang Lokasi :Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 10 Peserta |
Tujuan
Memberi pendedahan dan penerangan kepada komuniti setempat mengenai fungsi dashboard iaitu my komuniti sebagai satu cara untuk komuniti setempat membuat hebahan, pengumuman dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.
Aktiviti
Peserta diberi tunjuk ajar bagaimana untuk menggunakan aplikasi dashboard ini. Perkara pertama untuk menggunakan aplikasi ini adalah dengan mendaftar sebagai ahli Pusat Internet. Seterusnya log masuk ke laman sesawang dashboard. Setiap peserta yang meyertai kelas ini diberi penerangan mengenai langkah-langkah yang harus diikuti jika mereka ingin membuat hebahan atau pun pengumuman.