Felda Sungai Tiang

peta

FELDA Sungai Tiang adalah sebuah tanah rancangan yang telah dibuka bermula tahun 1959. Sebelum merdeka, kawasan tanah FELDA Sungai Tiang menjadi sebuah tempat persembunyian komunis. Komunis yang bersembunyi di tempat yang diberi nama Bukit Rimau itu kemudian hilang setelah tanah rancangan di buka di kawasan mereka. Peneroka FELDA Sungai Tiang yang kebanyakannya berasal dari Kedah ini dipilih dari keluarga yang benar-benar daif pada ketika itu. Setiap sebuah keluarga akan menerima tiga hektar tanah untuk menanam getah, suku ekar tanah untuk membina rumah serta dua ekar tanah untuk dusun buah-buahan. Setelah tanah dibahagi-bahagikan kepada peneroka, mereka akan menebang dan menebas kawasan hutan untuk dibuat penempatan. Kayu hutan yang ditebang digunakan untuk dibina rumah secara bergotong-royong sesama peneroka FELDA.