Dengan kerjasama di antara Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya mengajak orang ramai untuk menyertai  PERTANDINGAN VIDEO PENDEK mengenai Amalan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) di peringkat Kebangsaan 2018.

Tema video adalah JOM AMALKAN CARA HIDUP SIHAT!

Mesej video berdasarkan 5 skop amalan cara hidup sihat.

  1. -Aktiviti Fizikal
  2. -Makan secara sihat
  3. -Tidak merokok
  4. -Bijak menangani stress
  5. -Sihat tanpa alcohol

Sila hantarkan penyertaan lengkap ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 1 September 2018.

 

Felda Sungai Tiang

peta

FELDA Sungai Tiang adalah sebuah tanah rancangan yang telah dibuka bermula tahun 1959. Sebelum merdeka, kawasan tanah FELDA Sungai Tiang menjadi sebuah tempat persembunyian komunis. Komunis yang bersembunyi di tempat yang diberi nama Bukit Rimau itu kemudian hilang setelah tanah rancangan di buka di kawasan mereka. Peneroka FELDA Sungai Tiang yang kebanyakannya berasal dari Kedah ini dipilih dari keluarga yang benar-benar daif pada ketika itu. Setiap sebuah keluarga akan menerima tiga hektar tanah untuk menanam getah, suku ekar tanah untuk membina rumah serta dua ekar tanah untuk dusun buah-buahan. Setelah tanah dibahagi-bahagikan kepada peneroka, mereka akan menebang dan menebas kawasan hutan untuk dibuat penempatan. Kayu hutan yang ditebang digunakan untuk dibina rumah secara bergotong-royong sesama peneroka FELDA.