Nama : Nur Anis Suraya Bt Roslan
Umur : 12 Tahun
Ahli : 2015
Latar belakang
Merupakan seorang pelajar yang belajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang. Telah mendaftar sebagai ahli PEDi Felda Sungai Tiang pada Disember 2015.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi, beliau tidak mempunyai asas pengetahuan dalam bidang ICT. Kebanyakkan masa yang ada dihabiskan dengan bermain bersama rakan-rakan. Beliau juga tidak mempunyai pendedahan kesedaran terhadap pentingnya ilmu ICT. Manakala Sumber rujukan beliau dalam pelajaran pula adalah buku, guru, rakan-rakan dan perpustakaan desa yang berhampiran.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mendaftar sebagai ahli, beliau telah mengikuti pelbagai kelas atau bengkel latihan yang diadakan. Beliau diberi tunjuk ajar bermula dari asas pengenalan kepada sesebuah komputer, Microsoft Office, pengenalan kepada internet, aplikasi pembelajaran / permainan pendidikan dan sebagainya. Bermula dari seorang yang tidak mempunyai asas mengenai ilmu ICT, kini beliau sudah mahir dalam segala urusan yang diperlukan dalam melengkapkan proses pembelajaran dan aktiviti seharian beliau seperti carian maklumat dan sebagainya. Ilmu ICT yang diperolehi juga turut digunakan untuk membantu individu lain seperti ahli keluarga dan rakan-rakan.
Nama : Nor Liyana Bt Abu Bakar
Umur : 32 Tahun
Ahli : 2019
Latar belakang
Merupakan seorang belia yang aktif dalam menjalankan perniagaan menjual makanan kering dan basah seperti keropok lekor, keropok losong, popia sambal dan popia susu nestum dan jahitan pakaian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, pengetahuan mengenai produk jualan dan jahitan beliau adalah terhad. Ia hanya dikenali dikalangan individu, saudara - mara, rakan-rakan dan komuniti setempat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, beliau diberi tunjuk ajar mengenai cara untuk menjalan dan mempromosi perniagaan secara atas talian. Kaedah promosi produk dan jahitan kini juga lebih meluas. Perniagaan beliau kini lebih dikenali ramai. Keuntungan yang diperolehi juga bertambah. Kini tempahan produk dan jahitan beliau juga boleh dilakukan melalui penggunaan sosial media seperti whatsapp dan facebook selain daripada cara biasa yang dilakukan sebelum ini.
Nama : Eiki Nuraqkila Binti Mohd Aris
Umur : 18 Tahun
Ahli : 2012
Latar belakang
Merupakan seorang belia lepasan sekolah menengah. Mendaftar sebagai salah seorang sukarelawan ICT Malaysia (MIV) pada tahun 2019.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Beliau telah mendaftar sebagai ahli PI pada tahun 2012 ketika berumur 11 tahun. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI, beliau tidak mempunyai asas pengetahuan dalam bidang ict. Sumber rujukan beliau dalam pelajaran pula adalah buku, guru, rakan-rakan dan perpustakaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mendaftar sebagai ahli, beliau telah mengikuti pelbagai kelas atau bengkel latihan yang diadakan. Beliau diberi tunjuk ajar bermula dari asas pengenalan kepada sesebuah komputer, Perkakasan komputer, Microsoft Office, pengenalan kepada internet, emel dan sebagainya. Bermula dari seorang yang tidak mempunyai asas mengenai ilmu ict, kini beliau sudah mahir dalam segala urusan yang diperlukan dalam melengkapkan proses pembelajaran dan aktiviti seharian beliau seperti carian maklumat dan sebagainya. Dahulunya semasa masih belajar, sumber rujukan pelajaran beliau adalah buku, guru, rakan-rakan dan perpustakaan, kini internet telah menjadi tambahan kepada sumber rujukan beliau. Beliau bersama rakan-rakan akan mengunjungi Pusat Internet untuk melayari internet bagi mendapatkan maklumat dan juga sebagai tempat mengulangkaji pelajaran. Beliau juga turut menggunakan kemudahan lain yang ditawarkan di Pusat Internet seperti mencetak, fotostat dan binding. Beliau juga merupakan seorang sukarelawan ICT Malaysia (MIV). Dengan menjadi seorang sukarelawan ICT Malaysia (MIV), beliau dapat meningkatkan tahap keyakinan diri beliau untuk berhadapan dengan orang ramai. Beliau menjadi seorang yang lebih tabah, berdikari dan berani menghadapi cabaran.
Nama : Rashidah Bt Idris
Umur : 64 Tahun
Ahli : 2011
Latar belakang
Puan Rashidah mempunyai sebuah kedai makan yang terletak di dalam Felda Sungai Tiang yang menjual pelbagai minuman panas dan sejuk, makanan bergoreng dan berkuah, nasi lemak serta pelbagai kuih muih tradisional seperti kuih tepung talam, kuih seri muka dan qasidah. Manakala untuk tempahan jahitan, beliau jalankan di rumah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, produk jualan dan perkhidmatan jahitan beliau hanya dikenali dikalangan individu, saudara - mara, rakan-rakan dan komuniti setempat sahaja. Kaedah promosi produk dan perkhidmatan jahitan beliau adalah melalui hebahan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, banyak ilmu mengenai ICT dan keusahawanan diperolehi oleh beliau. Beliau diberi tunjuk ajar mengenai cara untuk menjalankan dan mempromosi perniagaan secara atas talian. Kaedah promosi produk kini lebih meluas. Perniagaan beliau kini lebih dikenali ramai samada di alam nyata dan maya. Keuntungan yang beliau perolehi juga semakin bertambah. Tempahan makanan untuk sebarang majlis juga boleh dilakukan melalui penggunaan sosial media seperti whatsapp dan facebook selain daripada cara biasa yang dilakukan.
Nama : Rohaiza Binti Yaziz
Umur : 38 Tahun
Ahli : 2019
Latar belakang
Puan Rohaiza merupakan seorang surirumah yang menjalankan aktiviti menerima tempahan jahitan pakaian wanita dan lelaki samada rekaan fesyen tradisional mahu pun moden.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, perkhidmatan yang dijalankan oleh beliau hanya dikenali dikalangan individu atau kumpulan tertentu sahaja iaitu saudara - mara, rakan-rakan dan komuniti setempat sahaja.. Kaedah promosi perkhidmatan beliau adalah terhad serta sumber pendapatan yang beliau perolehi adalah pada tahap yang agak memuaskan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, banyak ilmu mengenai ICT dan keusahawanan diperolehi oleh beliau melalui kelas ICT yang telah diadakan. Beliau diberi tunjuk ajar mengenai cara mempromosikan perniagaan secara atas talian dan sebagainya. Kaedah promosi kini lebih meluas. Perkhidmatan yang beliau tawarkan kini dikenali lebih dikenali di alam nyata dan maya. Keuntungan yang beliau perolehi juga semakin bertambah. Bukan itu sahaja, beliau turut menggunakan kemudahan lain yang ditawarkan di PEDi Felda Sungai Tiang. Antaranya adalah kemudahan melayari internet, mencetak,dan sebagainya. Selain itu beliau juga selalu menemani anak-anak beliau yang masih bersekolah melayari internet bagi carian maklumat dan menyiapkan tugasan sekolah di PEDi Felda Sungai Tiang.