Taman tema berlatarkan tasek pendang yg menarik pertama di pendang. Pelbagai aktiviti keluarga dan gerai-gerai makanan serta kios-kios jualan disediakan untuk semua pengunjung yang hadir.

 Sumber rujukan : https://www.facebook.com/pendangwaterfront/ 

                                                                                                                         

 

 

RIMBA REKREASI BUKIT PERAK

Rimba Rekreasi Bukit Perak merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menarik di sekitar Pendang kerana anugerah alam semulajadinya yang kekal terpelihara seperti singkapan berbatu, pelbagai spesis flora seperti meranti dan lain-lain. Rimba rekreasi ini juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan pengunjung seperti meredah hutan, mandi-manda, berkelah, dan juga kem musim panas.

                                                                                        (Sumber: http://ppiksgtiang.blogspot.my )

 

  

PENDANG LAKE RESORT

pndglake

Pendang Lake Resort merupakan sebuah destinasi pelancongan sukan air terkemuka Kedah. Dibangunkan pada tahun 2004, resort yang mempunyai keluasan 12 hektar ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk pencinta sukan air seperti berkayak, jet ski, bot kawalan jauh dan juga sumber untuk memancing ikan air tawar. Pendek kata, Pendang Lake Resort menawarkan perkhidmatan “semua-dalam-satu”, iaitu selain merupakan tempat percutian, ia juga berfungsi sebagai kem latihan ala Program Latihan Khidmat negara (PLKN) serta tempat berkursus bagi peserta kursus kem bina semangat dan kursus motivasi bagi pelajar sekolah.

Pendang Lake Resort mempunyai banyak kelebihan. Antaranya, pengunjung boleh memancing dan berkayak tanpa sebarang bayaran di samping melakukan aktiviti perkhemahan dengan bayaran serendah RM20.

Untuk bayaran penginapan, Pendang Lake Resort menyediakan bilik dalam pelbagai kategori seperti superior, deluxe dan junior suite pada harga yang sangat berpatutan iaitu sekitar RM120 dan RM250.

Apa yang menarik lagi, lokasi resort yang berdekatan dengan kawasan kampung membolehkan para pengunjung menikmati juadah kampung seperti kerabu daging, gulai kambing, masak lemak ikan haruan, sambal belacan, ulam-ulaman dan lain-lain.

PERIGI MANDI GAJAH

 

telaga

Perigi ini mendapat nama berikutan tempat ini yang sering menjadi tempat gajah bertandang dan mandi di sekitar Pendang.

Apa yang menarik tentang perigi ini adalah, ia tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau. Dikatakan bahawa perigi ini menjadi sumber bekalan air bersih utama kepada penduduk kawasan Pendang sewaktu kemarau panjang.

Terletak di tengah pekan Pendang Jalan ke Sg.Tiang bersebelahan dengan Balai Polis Pendang.
Ianya menjadi tempat gajah mandi di sekitar Pendang.Telaga ini tidak pernah kering walaupun berlaku kemarau panjang dan menjadi tempat mandi orang ramai semasa kermarau di mana lain lain perigi kering dan pada masa dahulu tiada bekalan air bersih dari kerajaan.

 Sumber rujukan : http://www.mdpendang.gov.my/alam-semulajadi