Nama : Solehatul Suffiyah Bt Zuhaimi
Umur : 13 Tahun
Ahli : 2015
Latar belakang
Adik Solehatul Suffiyah berumur 13 tahun dan kini sedang belajar dalam tingkatan 1. Beliau telah menjadi ahli sejak tahun 2015. Ini bermakna sudah 3 tahun beliau menjadi ahli dan menggunakan perkhidmatan serta mengikuti kelas dan program yang dijalankan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak mempunyai asas pengetahuan dalam ilmu ict. Selain itu sumber rujukan beliau dalam pembelajaran adalah melalui buku dan pertanyaan kepada guru dan rakan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mendaftar sebagai ahli, beliau telah mengikuti pelbagai kelas atau bengkel latihan yang diadakan. Beliau diberi tunjuk ajar bermula dari asas pengenalan kepada sesebuah komputer, Perkakasan komputer, Microsoft Office, pengenalan kepada internet, emel dan sebagainya. Bermula dari seorang yang tiada asas mengenai ilmu ict, kini beliau sudah mahir dalam segala urusan yang diperlukan dalam melengkapkan proses pembelajaran beliau seperti carian maklumat, menyiapkan kerja kursus dan juga E-pembelajaran seperti aplikasi pembelajaran dan kuiz bagi memahirkan serta menajamkan lagi minda beliau.
Nama : Hamizah Binti Kamis
Umur : 39 Tahun
Ahli : 2018
Latar belakang
Puan Hamizah merupakan seorang suri rumah yang bijak menggunakan masa terluang dengan menjalankan perniagaan membuat cendol dan seterusnya membekalkan cendol di sekitar kawasan Felda Sungai Tiang dan juga Pendang terutamanya kepada peniaga pasar tani dan peniaga yang menjalankan perniagaan berasaskan minuman .
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, promosi perniagaan beliau adalah terhad iaitu hanya dikenali dikalangan rakan-rakan mahu pun komuniti setempat sahaja. Teknik promosi beliau adalah melalui hebahan dari mulut ke mulut sahaja dan pendapatan yang beliau perolehi adalah pada tahap agak memuaskan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, banyak ilmu mengenai ICT dan keusahawanan diperolehi oleh beliau. Dahulunya pelanggan beliau hanya dikenali dikalangan rakan-rakan dan penduduk setempat sahaja, namun kita pelanggannya lebih ramai dan datang dari segenap tempat terutamanya di daerah Pendang ini. Beliau kini mampu untuk mempromosikan perniagaan beliau secara online. Pendapatan yang diperolehi oleh beliau juga telah meningkat berkali ganda.
Nama : Nur Amira Bt Mohd Ridzuan
Umur : 21 Tahun
Ahli : 2017
Latar belakang
Saudari Nur Amira Bt Mohd Ridzuan merupakan seorang belia yang baru sahaja menamatkan pengajian pada peringkat diploma dan kini sedang menunggu tawaran untuk terus melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah yang dijangkakan dapat diketahui keputusannya dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, beliau sudah pun mempunyai pengetahuan tentang ilmu ict. Namun tahap pemahaman beliau berada pada tahap kurang memuaskan atau kurang mahir. Sebelum menjadi ahli PEDi Felda Sungai Tiang, beliau memaklumkan bahawa apabila berada di rumah, beliau sukar untuk meneruskan aktiviti pembelajaran beliau kerana sukar untuk mendapatkan internet bagi mencari maklumat berkaitan pembelajaran.
.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mendaftar sebagai ahli PEDi Felda Sungai Tiang, beliau berpeluang mengikuti pelbagai kelas atau bengkel latihan yang diadakan. Beliau diberi tunjuk ajar bermula dari asas pengenalan kepada sesebuah komputer, Perkakasan komputer, Microsoft Office, pengenalan kepada internet, emel dan sebagainya.
Bermula dari seorang yang kurang mahir mengenai ilmu ict, kini beliau sudah mahir dalam segala urusan yang diperlukan dalam melengkapkan proses pembelajaran beliau. Bukan itu sahaja, beliau turut menggunakan ilmu ict yang ada padanya untuk membantu individu lain.
Selain itu setelah mendaftar sebagai ahli, beliau boleh mencari maklumat mengenai pembelajaran beliau pada bila-bila masa sahaja melalui pelbagai kemudahan ditawarkan. Beliau tidak perlu risau lagi apabila berada di rumah kerana dengan adanya PEDi Felda Sungai Tiang beliau masih boleh meneruskan aktiviti pembelajaran beliau seperti mencari maklumat, menyiapkan kerja kursus atau tugasan dan sebagainya.
Nama : Rosniwati Bt Ali
Umur : 38 Tahun
Ahli : 2010
Latar belakang
Puan Rosniwati merupakan pemilik kepada Onie Bakery yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan iaitu mengambil tempahan dan menjual pelbagai jenis kek, roti, ayam goreng dan juga jelly cocktail. Namun kini beliau lebih memberi tumpuan kepada penjualan ayam goreng dan juga jelly cocktail selaras dengan permintaan pelanggan. Puan Rosniwati merupakan seorang isteri dan juga ibu yang gigih menjalankan perniagaan. Beliau dan suami membuka gerai di pasar tani dan juga pasar malam di sekitar kawasan Felda Sungai Tiang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi, promosi berkaitan dengan perniagaan beliau adalah terhad. Sebelum ini perniagaan beliau hanya dikenali dikalangan rakan-rakan mahu pun komuniti setempat sahaja.Kaedah promosi beliau juga melalui hebahan mulut sahaja. Pendapatan beliau perolehi juga pada tahap agak memuaskan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kelas yang dibimbing oleh PEDi Felda Sungai Tiang, beliau kini mampu untuk mempromosikan perniagaan beliau secara online dan menampakkan keberkesanan berbanding dengan kaedah hebahan mulut. Sebelum ini pelanggan beliau banyak dari kalangan rakan-rakan dan penduduk setempat sahaja, namun kita pelanggannya lebih ramai dan datang dari segenap tempat. Pendapatan yang diperolehi oleh beliau juga telah meningkat berkali ganda.
Nama : Fatin Faqihah Binti Mohd Noor
Umur : 18 Tahun
Ahli : 2017
Latar belakang
Fatin Faqihah merupakan anak kepada seorang usahawan yang menjalankan perniagaan menjual makanan ringan seperti kuih siput dan karipap mini serta perniagaan kuih raya terutamanya semasa musim perayaan seperti kuih tart nanas, kuih semperit, kuih makmur dan sebagainya. Beliau bersama ibunya memajukan perniagaan yang diusahakan mereka.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi, promosi berkaitan dengan perniagaan adalah terhad. Sebelum ini perniagaan beliau hanya dikenali dikalangan penduduk setempat dan rakan-rakan sahaja. Pendapatan bulanan yang diperolehi oleh beliau juga kurang memuaskan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kelas yang dibimbing oleh PEDi Felda Sungai Tiang seperti latihan keusahawanan dan sebagainya, beliau kini mampu untuk mempromosikan perniagaan beliau secara online. Jika dahulu, promosi perniagaan beliau hanya melibatkan kaedah hebahan dari mulut ke mulut sahaja.
Dahulunya pelanggan beliau hanya dikenali dikalangan penduduk setempat dan rakan-rakan sahaja, namun kita pelanggannya adalah dari segenap tempat terutamanya di daerah Pendang ini. Pendapatan yang diperolehi oleh beliau juga telah meningkat berkali ganda.