Nama : Nur Era Fazzira Binti Omar Bakhi
Umur : 26 Tahun
Ahli : 2010
Latar belakang
Cik Nur Era Fazzira Binti Omar Bakhi merupakan seorang usahawan sepenuh masa yang mengambil tempahan menyiapkan pakaian tradisonal dan moden. Selain itu beliau turut menghasilkan beberapa pakaian khas untuk tujuan sewaan bagi majlis tertentu iaitu majlis bertunang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT atau mengunjungi PEDi, promosi dan tempahan perniagaan hanya dilakukan secara hebahan dari mulut sahaja. Jumlah pelanggan adalah dikalangan masyarakat sekeliling atau mereka yang pernah membuat tempahan sahaja. Selain itu ilmu mengenai perniagaan secara online juga amat cetek.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Dalam bidang perniagaan jahitan, beliau mengambil tempahan menjahit pakaian mengikut citarasa dan kehendak pelanggan. Perkembangan fesyen di negara kita kini semakin berkembang maju. Keadaan ini menyebabkan beliau tidak boleh leka kerana bimbang akan ketinggalan dalam memperolehi maklumat- maklumat terkini mengenai dunia fesyen. Jadi di sini internet memainkan peranannya dalam memastikan bahawa beliau memperolehi setiap maklumat yang diperlukan. Selain itu, beliau juga menjalankan perniagaan secara online. Promosi dan tempahan boleh dibuat oleh pelanggan melalui emel, facebook, whatsapp dan sebagainya. Kaedah ini dilihat lebih mendatangkan kesan positif berbanding cara hebahan dari mulut ke mulut.
Nama : Fauziah Binti Ahmad
Umur : 42 Tahun
Ahli : 2018
Latar belakang
Puan Fauziah merupakan seorang wanita yang menggalas tangunggjawab sebagai seorang isteri dan juga ibu yang menjadikan kek cawan sebagai salah satu punca pendapatan beliau untuk membantu suami memperkukuhkan kedudukan kewangan keluarga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, kaedah promosi perniagaan beliau adalah melalui teknik hebahan mulut ke mulut. Kaedah promosi ini menyebabkan produk jualan beliau hanya dikenali dikalangan saudara - mara, rakan-rakan dan komuniti setempat sahaja.. Sumber pendapatan yang beliau perolehi adalah pada tahap yang agak memuaskan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, banyak ilmu mengenai ICT dan keusahawanan diperolehi oleh beliau melalui kelas ICT yang telah diadakan. Beliau diberi tunjuk ajar mengenai cara mempromosikan perniagaan secara atas talian, teknik pengeditan imej produk dan sebagainya.
Nama : Aina Asyiqin Binti Mohd Rasyidi
Umur : 22 Tahun
Ahli : 2018
Latar belakang
Bagi mengisi masa terluang dan minat yang mendalam, beliau menyediakan perkhidmatan melukis inai terutamanya kepada mereka yang bakal bergelar pengantin serta ingin kelihatan anggun dan berseri di majlis perkahwinan masing-masing sehingga menjadi salah satu punca pendapatan sampingan beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, kaedah promosi perniagaan beliau adalah melalui teknik hebahan mulut ke mulut. Kaedah promosi ini menyebabkan produk jualan beliau hanya dikenali dikalangan saudara - mara, rakan-rakan dan komuniti setempat sahaja.. Sumber pendapatan yang beliau perolehi adalah pada tahap yang agak memuaskan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, banyak ilmu mengenai ICT dan keusahawanan diperolehi oleh beliau melalui kelas-kelas ICT yang telah diadakan. Beliau diberi tunjuk ajar mengenai cara mempromosikan perniagaan secara atas talian, teknik pengeditan imej produk dan sebagainya. Pelanggan beliau sebelum ini hanyalah dikalangan saudara - mara, rakan-rakan dan penduduk setempat sahaja, namun kita pelanggannya lebih ramai dan ia terdiri dikalangan serata pelosok tempat terutamanya di daerah Pendang ini. Pendapatan yang diperolehi oleh beliau juga telah meningkat berkali ganda daripada sebelumnya.
Nama : Noor Farahana Bt Halim
Umur : 24 Tahun
Ahli : 2010
Latar belakang
Bagi mengisi masa terluang dan minat, beliau mengambil tempahan berasaskan bakery. Antara beberapa produk makanan yang beliau hasilkan adalah cheese tart pelbagai perisa, pizza, apam dan juga pelbagai jenis lagi kuih raya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, promosi perniagaan beliau hanya dikenali dikalangan saudara - mara, rakan-rakan dan komuniti setempat sahaja. Kaedah promosi beliau adalah melalui hebahan dari mulut ke mulut sahaja dan pendapatan yang beliau perolehi adalah pada tahap agak memuaskan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, banyak ilmu mengenai ICT dan keusahawanan diperolehi oleh beliau. Dahulunya pelanggan beliau hanyalah dikalangan saudara - mara, rakan-rakan dan penduduk setempat sahaja, namun kita pelanggannya lebih ramai dan ia dikalangan serata pelosok tempat terutamanya di daerah Pendang ini. Beliau kini mampu untuk mempromosikan perniagaan beliau secara online. Pendapatan yang diperolehi oleh beliau juga telah meningkat berkali ganda daripada sebelumnya. Selain itu beliau turut menjadikan internet sebagai sumber rujukan beliau dalam mendapatkan maklumat terkini mengenai produk yang beliau hasilkan supaya dapat memberi perkhidmatan yang terbaik untuk semua pelangganya.
Nama : Muhammad Hud Bin Izham
Umur : 15 Tahun
Ahli : 2017
Latar belakang
Muhammad Hud merupakan pelajar yang berumur 15 tahun dan kini sedang belajar di tingkatan 3 dan baru selesai menjalani peperiksaan PT3 pada tahun ini. Beliau telah menjadi ahli sejak tahun 2017. Ini bermakna sudah setahun beliau menjadi ahli dan menggunakan perkhidmatan serta mengikuti kelas dan program yang dijalankan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT, beliau sebenarnya telah mempunyai sedikit asas pengetahuan dalam ilmu ICT namum masih lagi banyak ilmu ICT yang belum ketahui. Selain itu, dalam bidang pelajaran pula sumber rujukan beliau adalah buku, guru, adik-beradik dan rakan-rakan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mendaftar sebagai ahli pada tahun 2017, beliau tidak melepaskan peluang yang ada untuk mengikuti pelbagai kelas atau bengkel latihan yang telah diadakan. Antara kelas pembelajaran yang telah beliau ikuti adalah kelas asas pengenalan kepada sesebuah komputer, perkakasan komputer, Microsoft Office, pengenalan kepada internet, e-pembelajaran, penghasilan video, emel dan sebagainya. Bermula dari seorang yang mempunyai sedikit asas mengenai ilmu ict, kini beliau sudah mahir dalam pengetahuan dalam bidang ICT. Kemahiran yang diperolehi digunakan sebaiknya oleh beliau dalam melengkapkan proses pembelajaran beliau seperti carian maklumat, menyiapkan kerja kursus dan juga e-pembelajaran seperti aplikasi pembelajaran dan kuiz bagi memahirkan serta menajamkan lagi minda beliau. Selain itu beliau menjadikan Pusat Ekonomi Digital PEDi sebagai tempat mengulangkaji pelajaran, pusat carian maklumat dan tempat perbincangan bersama rakan-rakan.