Nama   :  Rosmida Bt Tahir
Umur    :  31 Tahun
Ahli      :  2017

 

Latar belakang

Puan Rosmida telah membuka sebuah warung yang terletak di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang. Beliau menyediakan pelbagai menu bermula dari menu sarapan pagi, tengahari sehinggalah ke petang. Pada waktu pagi beliau menyediakan menu sarapan seperti nasi lemak, kuih muih dan minuman panas.  Manakala bermula dari waktu tengahari sehinggalah petang beliau menyediakan menu bihun sup, laksa serta minuman sejuk.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi, promosi berkaitan dengan perniagaan beliau adalah terhad. Sebelum ini perniagaan beliau hanya dikenali dikalangan pelajar dan penduduk sekitar warung beliau sahaja. Pendapatan bulanan yang diperolehi oleh beliau juga kurang memuaskan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas yang dibimbing oleh PEDi Felda Sungai Tiang seperti latihan keusahawanan dan sebagainya, beliau kini mampu untuk mempromosikan perniagaan beliau secara online. Jika dahulu, promosi perniagaan beliau hanya melibatkan kaedah hebahan dari mulut ke mulut sahaja.

Dahulunya pelanggan beliau hanya dikalangan pelajar sekolah dan penduduk sekitar sahaja, namun kita pelanggannya melangkaui kawasan tersebut. Pendapatan yang diperolehi oleh beliau juga telah meningkat berkali ganda.