Nama   : Mazerah Bt Hamzah
Umur    : 59 Tahun
Ahli      : 2013

 

Latar belakang

Puan Mazerah Binti Hamzah merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan urutan tradisional melayu. Beliau membuka sebuah kedai yang diberi nama

 “ Urutan Tradisional Melayu Pendang “ yang  beralamat di No. 14 Bangunan Kemboja, Pendang Square, 06700 Pendang Kedah.

Beliau menyediakan perkhidmatan urutan kesihatan, urutan berpantang dan selepas berpantang, rawatan angin, rawatan mandian, bertangas, lulur dan rawatan resdung.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi, perniagaan beliau hanya dikenali di kalangan individu tertentu sahaja. Kaedah promosi beliau hanya melalui edaran risalah, banner dan hebahan mulut ke mulut. Pelanggannya terdiri daripada komuniti setempat, rakan-rakan dan saudara mara sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau mendaftar menjadi ahli PEDi Felda Sungai Tiang pada November 2013. Selepas penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, beliau telah mengikuti beberapa siri kelas atau kursus pembelajaran ICT yang diadakan di PEDi . Beliau telah mendapat idea-idea yang bernas bagi memajukan lagi perniagaan beliau.

Perniagaan yang beliau jalankan mula dikenali dengan meluas dan cepat. Hal ini adalah kerana hanya melalui hujung jari, beliau boleh mempromosikan perniagaannya secara online. Dahulu pelanggannya hanya di kalangan komuniti setempat, kini ada di antaranya adalah pelancong asing yang melancong di negara kita.  

Bukan itu sahaja, kini beliau bukan sahaja memberi perkhidmatan mengurut yang  bertempat di premis perniagaannya sahaja, beliau banyak mendapat tempahan untuk turun ke lokasi-lakosi yang dikehendaki. Tempahan yang diterima semakin bertambah dan pendapatan bertambah berlipat kali ganda daripada sebelumnya.

Beliau turut mengambil peluang untuk mempromosikan perniagaan beliau di dalam dashboard PEDi iaitu My Shop yang mana ia membantu komuniti sekitar mengiklankan seterusnya mempromosikan perniagaan mereka

 

 

Nama   :Nurul Izana Bt Johari
Umur    : 24 Tahun
Ahli      : 2011

Latar belakang

Cik Nurul Izana Bt Johari merupakan seorang belia yang berumur 24 tahun dan masih belum berkahwin. Beliau amat meminati bidang peniagaan. Beliau telah mendaftar ahli sejak 2011 semasa berumur 18 tahun. Kini sudah 6 tahun beliau menjadi ahli.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 Sebelum penggunaan  ICT atau penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, beliau mempromosikan perniagaan melalui kaedah hebahan dari mulut ke mulut.. Disebabkan kaedah promosi melalui cara  tersebut,  pelanggannya adalah terdiri daripada komuniti setempat, rakan-rakan dan saudara mara sahaja. Pendedahan dan pengetahuan mengenai kewujudan perniagaannya adalah terhad. Pelanggannya tidak ramai dan pendapatan yang diperolehi tidak memuaskan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, beliau telah menghadiri beberapa kelas atau kursus yang diadakan di Pusat Internet. Dengan adanya pengetahuan ICT, beliau telah mendapat beberapa idea untuk memajukan lagi perniagaan beliau. Perniagaan yang beliau jalankan mula dikenali oleh orang ramai melalui kaedah promosi secara online. Orang ramai boleh melihat produk jualan beliau melalui facebook dan whatsapp. Tempahan yang diterima pula semakin bertambah dan pendapatan bertambah berlipat kali ganda daripada sebelumnya.

 Beliau turut mengambil peluang untuk mempromosikan perniagaan beliau di dalam dashboard PEDi iaitu My Shop yang mana ia membantu komuniti sekitar mengiklankan seterusnya mempromosikan perniagaan mereka

 Kini, perniagaan beliau mendapat  sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai dan beliau sentiasa memastikan bahawa beliau dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pelanggannya.

 

 

Nama   : Mohd Lutfi Bin Sharib
Umur    : 25 Tahun
Ahli      : 2010

 

Latar belakang

Mohd Lutfi merupakan seorang belia yang  baru berumur 25 tahun. Beliau mendaftar sebagai ahli PEDi pada Febuari 2010 dan pada waktu tersebut beliau berumur 18 tahun. Sudah 7 tahun beliau berdaftar sebagai ahli PI.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mendaftar sebagai ahli PEDi, beliau hanya merupakan seorang remaja lepasan sekolah menengah dan sedang menunggu tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau sebenarnya sudah terdedah kepada ICT sebelum terlibat bersama PI lagi. Namun beliau mengambil peluang  untuk mendaftar sebagai ahli bagi tujuan menambah dan memahirkan lagi diri dengan ilmu ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Boleh dikatakan bahawa beliau sebenarnya menggunakan facebook sebagai medium utama untuk mempromosikan apa yang diusahakan oleh beliau. Hal ini adalah kerana boleh dikatakan hampir semua individu mempunyai facebook. Jadi beliau merasakan bahawa ini merupakan satu kaedah yang amat berkesan.

 

 

Nama   : Jaliza Bt Abdul Rahman
Umur    : 49 Tahun
Ahli      : 2010

Latar belakang

Puan Jaliza Binti Abdul Rahman merupakan seorang surirumah sepenuh masa.  Beliau telah menjadi ahli PEDi Felda Sungai Tiang sejak Januari 2010. Kini telah 7 tahun beliau berdaftar sebagai ahli sejak berumur 42 tahun.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, beliau tidak mempunyai asas dalam kemahiran ICT. Kebanyakkan masa beliau dihabiskan dalam menguruskan urusan rumahtangga dan keluarga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau tertarik untuk terlibat bersama PEDi Felda Sungai Tiang disebabkan oleh beberapa perkara. Salah satu daripadanya adalah kelas atau kursus pembelajaran ICT yang ditawarkan. Pada ketika itu, beliau mempunyai 5 orang anak  yang masih belajar. Hal ini membuatkan beliau merasakan adalah amat penting mengetahui kemahiran ICT supaya tidak ketinggalan dalam mengetahui perkembangan anak-anak beliau dan seterusnya  membantu dalam pelajaran.

Setelah mendaftar sebagai ahli, beliau telah mengikuti beberapa siri kelas pembelajaran ICT yang telah dijalankan oleh petugas. Antara kelas yang telah diikuti oleh beliau adalah Pengenalan kepada komputer, Microsoft Office, Latihan Keusahawanan, Intel Easy Steps dan beberapa kelas lagi. Setelah mengikuti kelas yang diadakan, beliau menjadi semakin mahir dan sehingga kini beliau masih terus mengikuti kelas pembelajaran yang diadakan oleh PEDi Felda Sungai Tiang.

Beliau kini bergiat aktif di dalam beberapa persatuan yang terdapat di Felda Sungai Tiang. Malahan di antara beberapa persatuan tersebut, beliau memegang jawatan penting. Dengan adanya kemahiran ICT, beliau dapat memikul tanggungjawab yang diberikan. Selain itu, perhubungan beliau dengan komuniti setempat juga semakin akrab.

 

 

Nama   : Nur Izzati Bt Zahirun
Umur    : 28 Tahun
Ahli      : 2011

Latar belakang

Cik Nur Izzati merupakan seorang belia yang  mempunyai kerjaya tetap. Bagi menambah pendapatan keluarga dan juga mengisi masa lapang yang ada, beliau menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Banyak perniagaan yang telah beliau jalankan antaranya perniagaan kek dan roti, cecair pencuci pakaian dan pasu hiasan. Kini beliau lebih menumpukan perhatian kepada perniagaan jambangan bunga coklat.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan  ICT, beliau lebih banyak mempromosikan perniagaan melalui kaedah hebahan dari mulut ke mulut dan kebanyakkan pelanggannya terdiri daripada rakan-rakan dan saudara mara sahaja. Disebabkan beliau bekerja,  maka masa yang digunakan untuk memberi tumpuan terhadap perniagaannya adalah terhad dan ini menyebabkan tempahan yang diterima amatlah sedikit.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT, beliau telah mendapat beberapa idea untuk memajukan lagi perniagaan beliau. Kini orang ramai boleh melihat produk jualan beliau melalui facebook dan whatsapp di mana ianya sentiasa dikemaskini sepanjang masa. Banyak tempahan diterima oleh beliau melalui facebook dan emel.

Beliau turut mengambil peluang untuk mempromosikan perniagaan beliau di dalam dashboard PEDi iaitu My Shop yang mana ia membantu komuniti sekitar mengiklankan seterusnya mempromosikan perniagaan mereka. Kini, perniagaan beliau mendapat  sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai dan beliau sentiasa memastikan bahawa beliau dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pelanggannya.