Nama : Nur Amira Bt Mohd Ridzuan
Umur : 21 Tahun
Ahli : 2017
Latar belakang
Saudari Nur Amira Bt Mohd Ridzuan merupakan seorang belia yang baru sahaja menamatkan pengajian pada peringkat diploma dan kini sedang menunggu tawaran untuk terus melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah yang dijangkakan dapat diketahui keputusannya dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, beliau sudah pun mempunyai pengetahuan tentang ilmu ict. Namun tahap pemahaman beliau berada pada tahap kurang memuaskan atau kurang mahir. Sebelum menjadi ahli PEDi Felda Sungai Tiang, beliau memaklumkan bahawa apabila berada di rumah, beliau sukar untuk meneruskan aktiviti pembelajaran beliau kerana sukar untuk mendapatkan internet bagi mencari maklumat berkaitan pembelajaran.
.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mendaftar sebagai ahli PEDi Felda Sungai Tiang, beliau berpeluang mengikuti pelbagai kelas atau bengkel latihan yang diadakan. Beliau diberi tunjuk ajar bermula dari asas pengenalan kepada sesebuah komputer, Perkakasan komputer, Microsoft Office, pengenalan kepada internet, emel dan sebagainya.
Bermula dari seorang yang kurang mahir mengenai ilmu ict, kini beliau sudah mahir dalam segala urusan yang diperlukan dalam melengkapkan proses pembelajaran beliau. Bukan itu sahaja, beliau turut menggunakan ilmu ict yang ada padanya untuk membantu individu lain.
Selain itu setelah mendaftar sebagai ahli, beliau boleh mencari maklumat mengenai pembelajaran beliau pada bila-bila masa sahaja melalui pelbagai kemudahan ditawarkan. Beliau tidak perlu risau lagi apabila berada di rumah kerana dengan adanya PEDi Felda Sungai Tiang beliau masih boleh meneruskan aktiviti pembelajaran beliau seperti mencari maklumat, menyiapkan kerja kursus atau tugasan dan sebagainya.