Nama : Jarinah Binti Yahya
Umur : 43 Tahun
Ahli : 2018
Latar belakang
Menjalankan aktiviti pemprosesan dan menjual kerepek pisang buatan sendiri yang dikenali sebagai kerepek pisang Maksu Eija yang mempunyai pelbagai perasa dan perisa iaitu original, chese dan keju.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, produk jualan beliau hanya dikenali dikalangan individu atau kumpulan tertentu sahaja iaitu saudara - mara, rakan-rakan dan komuniti setempat sahaja.. Kaedah promosi produk beliau adalah terhad serta sumber pendapatan yang beliau perolehi adalah pada tahap yang agak memuaskan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, banyak ilmu mengenai ICT dan keusahawanan diperolehi oleh beliau melalui kelas ICT yang telah diadakan. Beliau diberi tunjuk ajar mengenai cara mempromosikan perniagaan secara atas talian dan sebagainya. Kaedah promosi produk kini lebih meluas produk jualan beliau kini dikenali lebih dikenali di alam nyata dan maya. Keuntungan yang beliau perolehi juga semakin bertambah.
Nama : Nur najihah binti sari @ saridan
Umur : 17 Tahun
Ahli : 2016
Latar belakang
Beliau kini sedang menuntut dalam tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang, Pendang Kedah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi, sumber rujukan beliau dalam pelajaran adalah buku, guru, rakan-rakan dan perpustakaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Jika dahulunya sumber rujukan pelajaran beliau adalah buku, guru, rakan-rakan dan perpustakaan, kini internet telah menjadi tambahan kepada sumber rujukan beliau. Beliau bersama rakan-rakan akan mengunjungi PEDi untuk melayari internet bagi mendapatkan maklumat dan juga sebagai tempat mengulangkaji pelajaran. Setelah mendaftar sebagai ahli pada tahun 2016, beliau juga tidak melepaskan peluang untuk mengikuti pelbagai kelas atau bengkel latihan yang telah diadakan. Antara kelas pembelajaran yang telah beliau ikuti adalah kelas asas pengenalan komputer, Microsoft Office, pengenalan kepada internet, e-pembelajaran dan emel. Kini beliau masih lagi terlibat di dalam pelbagai akriviti yang diadakan. Bukan itu sahaja, beliau turut menggunakan kemudahan lain yang ditawarkan di PEDi seperti mencetak, fotostat dan binding.
Nama : Nur Fatin Binti Mohsin
Umur : 21 Tahun
Ahli : 2012
Latar belakang
Merupakan seorang belia dan belum berkahwin. Menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital PEDi Felda Sungai Tiang semasa berumur 14 tahun pada tahun 2012. Jadi ini bermakna beliau telah menjadi ahli selama hampir 7 tahun. Beliau kini sedang menunggu tawaran untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi iaitu ijazah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama Pusat Ekonomi Digital PEDi, beliau sebenarnya telah mempunyai asas dalam bidang ICT. kebanyakkan ruang dan waktu yang ada pada waktu tersebut adalah untuk melayari internet bagi tujuan komunikasi dan hiburan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mendaftar sebagai ahli pada tahun 2012, beliau tidak melepaskan peluang yang ada untuk mengikuti pelbagai kelas atau bengkel latihan yang telah diadakan. Antara kelas pembelajaran yang telah beliau ikuti adalah kelas asas pengenalan kepada sesebuah komputer, Microsoft Office, pengenalan kepada internet, e-pembelajaran dan emel. Kini beliau masih lagi terlibat di dalam pelbagai akriviti yang diadakan serta menjadi sukarelawan MIV bersama Pusat Ekonomi Digital PEDi Felda Sungai Tiang.
Nama : Zu’ain Binti Yaacub
Umur : 21 Tahun
Ahli : 2019
Latar belakang
Menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjadi agen dan menjual barangan keperluan dan aksesori wanita seperti baju, kasut, beg tangan, jam dan sebagainya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, produk jualan beliau hanya dikenali dikalangan saudara - mara, rakan-rakan dan komuniti setempat sahaja.. Sumber pendapatan yang beliau perolehi adalah pada tahap yang agak memuaskan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, banyak ilmu mengenai ICT dan keusahawanan diperolehi oleh beliau melalui kelas ICT yang telah diadakan. Beliau diberi tunjuk ajar mengenai cara mempromosikan perniagaan secara atas talian, teknik pengeditan imej produk , penghasilan risalah perniagaan dan sebagainya. Produk jualan beliau kini dikenali lebih dikenali di alam nyata dan maya. Keuntungan yang beliau perolehi juga semakin bertambah.
Nama : Siti Iliani Hasmida Binti Harun
Umur : 20 Tahun
Ahli : 2012
Latar belakang
Siti Iliani Hasmida telah mendaftar sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital PEDi sejak tahun 2012. Jadi ini bermakna beliau telah menjadi ahli selama hampir 7 tahun ketika masih lagi menuntut di peringkat persekolahan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT, beliau sebenarnya telah pun tahu cara menggunakan internet. Tetapi kebanyakkan masa melayari internet digunakan adalah untuk tujuan komunikasi dan hiburan. Beliau melayari internet untuk berkomunikasi melalui facebook dan hiburan melalui youtube.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mendaftar sebagai ahli pada tahun 2012, beliau tidak melepaskan peluang yang ada untuk mengikuti pelbagai kelas atau bengkel latihan yang telah diadakan. Antara kelas pembelajaran yang telah beliau ikuti adalah kelas asas pengenalan kepada sesebuah komputer, Microsoft Office, pengenalan kepada internet, e-pembelajaran dan emel. Kini beliau masih lagi dalam kelas pembelajaran yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital PEDi bagi memastikan bahawa segala ilmu yang diperolehi tidak akan lupa begitu sahaja. Jika dahulunya beliau kerap melayari youtube untuk tujuan hiburan, kini petugas Pusat Ekonomi Digital PEDi berjaya membuka minda beliau supaya menjadikan aktiviti melayari youtube sebagai salah satu medium untuk mendapatkan maklumat. Kini beliau banyak melayari internet terutamanya youtube untuk tujuan aktiviti diy (do it yourself), penggunaan emel dan sebagainya yang bersesuaian.