Nama   :  Siti Hindun Bt Othman @ Abd Hamid
Umur    :  33  Tahun
Ahli      :  2013

Latar belakang

Puan Siti Hindun menjalankan perniagaan menjual pakaian kanak-kanak dan tudung wanita secara online sebagai salah satu hobi dan punca pendapatan beliau untuk membantu suami memperkukuhkan kedudukan kewangan keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, promosi perniagaan beliau hanya dikenali dikalangan saudara - mara, rakan-rakan dan  komuniti setempat sahaja. Kaedah promosi beliau adalah melalui hebahan dari mulut ke mulut sahaja dan pendapatan yang beliau perolehi adalah pada tahap agak memuaskan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, banyak ilmu mengenai ICT dan keusahawanan diperolehi oleh beliau. Dahulunya pelanggan beliau hanyalah dikalangan saudara - mara, rakan-rakan dan penduduk setempat sahaja, namun kita pelanggannya lebih ramai dan ia dikalangan serata pelosok  tempat terutamanya di daerah Pendang ini. Beliau kini mampu untuk mempromosikan perniagaan beliau secara online. Pendapatan yang diperolehi oleh beliau juga telah meningkat berkali ganda daripada sebelumnya.

Nama   :  Nurridhwana Bt Ridzuan
Umur    :  22  Tahun
Ahli      :  2014

Latar belakang

Cik Nurridhwana  merupakan seorang belia yang bekerja sebagai tukang jahit di kedai jahitan. Bagi mengisi masa terluang, minat terhadap perniagaan dan keinginan untuk menambah sumber pendapatan, beliau menjalankan perniagaan secara online menjual makanan dan barangan wanita. Antara barangan yang dijual oleh beliau adalah kuih kapit, beg tangan wanita, scar wanita, kasut wanita serta produk kecantikan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, kaedah promosi perniagaan beliau adalah melalui teknik hebahan mulut ke mulut. Kaedah promosi ini menyebabkan produk jualan beliau hanya dikenali dikalangan saudara - mara, rakan-rakan dan  komuniti setempat sahaja.. Sumber pendapatan yang beliau perolehi adalah pada tahap yang agak memuaskan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, banyak ilmu mengenai ICT dan keusahawanan diperolehi oleh beliau melalui kelas-kelas ICT yang telah diadakan. Beliau diberi tunjuk ajar mengenai cara mempromosikan perniagaan secara atas talian, teknik pengeditan imej produk dan sebagainya. Pelanggan beliau sebelum ini hanyalah dikalangan saudara - mara, rakan-rakan dan penduduk setempat sahaja, namun kita pelanggannya lebih ramai dan ia terdiri dikalangan serata pelosok  tempat terutamanya di daerah Pendang ini. Pendapatan yang diperolehi oleh beliau juga telah meningkat berkali ganda daripada sebelumnya.

Nama   :  Nor Hanim Binti Fadzir
Umur    :  43 Tahun
Ahli      :  2018

Latar belakang

Puan Nor Hanim merupakan seorang suri rumah yang bijak menggunakan masa terluang dengan menjalankan perniagaan kuih-muih iaitu karipap sejuk beku. Puan Nor Hanim menjalankan aktiviti membuat kuih-muih iaitu karipap sejuk beku di rumahnya dan dibantu oleh ahli keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, perniagaan dan pelanggan beliau hanyalah dikalangan saudara - mara, rakan-rakan dan  komuniti setempat sahaja. Kaedah promosi beliau pula adalah melalui hebahan dari mulut ke mulut. Pendapatan yang beliau perolehi adalah pada tahap agak memuaskan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, banyak ilmu mengenai ICT dan keusahawanan diperolehi oleh beliau. Dahulunya pelanggan beliau hanya dikalangan saudara - mara, rakan-rakan dan penduduk setempat sahaja, tetapi kita pelanggannya telah bertambah dan ia adalah dari pelbagai kawasan. Kini beliau mampu untuk mempromosikan perniagaan beliau secara online. Pendapatan yang diperolehi oleh beliau juga telah meningkat daripada sebelumnya.

Nama   :  Muhammad Amin Bin Azami
Umur    :  12  Tahun
Ahli      :  2016

Latar belakang

Adik Muhammad Amin berumur 12 tahun  dan kini sedang belajar dalam tahun 6 dan bakal menghadapi peperiksaan UPSR . Beliau telah menjadi ahli sejak tahun 2016. Ini bermakna sudah 2 tahun beliau menjadi ahli dan menggunakan perkhidmatan serta mengikuti kelas dan program yang dijalankan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT, beliau tiada asas pengetahuan dalam ilmu ict. Sumber rujukan   dalam pembelajaran adalah buku, guru dan rakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah mendaftar sebagai ahli, beliau telah mengikuti pelbagai kelas atau bengkel latihan yang telah diadakan. Antara kelas pembelajaran yang telah beliau ikuti adalah kelas asas pengenalan kepada sesebuah komputer, Perkakasan komputer, Microsoft Office, pengenalan kepada internet dan emel. Bermula dari seorang yang tiada asas mengenai ilmu ict, kini beliau sudah mahir dalam segala urusan yang diperlukan dalam melengkapkan proses pembelajaran beliau seperti carian maklumat, menyiapkan kerja kursus dan juga E-pembelajaran seperti aplikasi pembelajaran dan kuiz bagi memahirkan serta menajamkan lagi minda beliau. Beliau kini sedang belajar dalam tahun 6 dan bakal menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Beliau menjadikanPusat Ekonomi Digital PEDi sebagai tempat mengulangkaji pelajaran, pusat carian maklumat dan tempat perbincangan bersama rakan-rakan.

Nama   :  Haslina Binti Mustaffa
Umur    :  37 Tahun
Ahli      :  2017

Latar belakang

Puan Haslina menjalankan aktiviti menjahit pakaian di rumahnya sebagai salah satu hobi dan punca pendapatan beliau untuk membantu suami memperkukuhkan kedudukan kewangan keluarga.