Nama : Rosniwati Bt Ali
Umur : 38 Tahun
Ahli : 2010
Latar belakang
Puan Rosniwati merupakan pemilik kepada Onie Bakery yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan iaitu mengambil tempahan dan menjual pelbagai jenis kek, roti, ayam goreng dan juga jelly cocktail. Namun kini beliau lebih memberi tumpuan kepada penjualan ayam goreng dan juga jelly cocktail selaras dengan permintaan pelanggan. Puan Rosniwati merupakan seorang isteri dan juga ibu yang gigih menjalankan perniagaan. Beliau dan suami membuka gerai di pasar tani dan juga pasar malam di sekitar kawasan Felda Sungai Tiang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi, promosi berkaitan dengan perniagaan beliau adalah terhad. Sebelum ini perniagaan beliau hanya dikenali dikalangan rakan-rakan mahu pun komuniti setempat sahaja.Kaedah promosi beliau juga melalui hebahan mulut sahaja. Pendapatan beliau perolehi juga pada tahap agak memuaskan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kelas yang dibimbing oleh PEDi Felda Sungai Tiang, beliau kini mampu untuk mempromosikan perniagaan beliau secara online dan menampakkan keberkesanan berbanding dengan kaedah hebahan mulut. Sebelum ini pelanggan beliau banyak dari kalangan rakan-rakan dan penduduk setempat sahaja, namun kita pelanggannya lebih ramai dan datang dari segenap tempat. Pendapatan yang diperolehi oleh beliau juga telah meningkat berkali ganda.