Nama : Noor Salwa Bt Abdul Jamil
Umur : 30 Tahun
Ahli : 2015
Latar belakang
Puan Noor Salwa menjalankan perniagaan menjual ayam golek untuk majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan, jamuan hari raya dan sebagainya. Untuk pengetahuan semua, sepanjang bulan Ramadhan, beliau menjual ayam golek di Bazar Ramadhan Pekan Pendang dan juga Bazar Ramadhan Pekan Tanah Merah, Pendang Kedah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, promosi berkaitan dengan perniagaan beliau adalah terhad. Sebelum ini perniagaan beliau hanya dikenali oleh pembeli di bazar-bazar Ramadhan dan penduduk setempat sahaja. Pendapatan bulanan yang diperolehi oleh beliau juga kurang memuaskan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kelas yang dibimbing oleh PEDi Felda Sungai Tiang seperti latihan keusahawanan dan sebagainya, beliau kini mampu untuk mempromosikan perniagaan beliau secara online. Jika dahulu, promosi perniagaan beliau hanya melibatkan kaedah hebahan dari mulut ke mulut sahaja. Dahulunya pelanggan beliau hanya dikenali dikalangan pembeli di bazar-bazar Ramadhan dan penduduk setempat sahaja, namun kita pelanggannya lebih ramai dan datang dari segenap tempat terutamanya di daerah Pendang ini. Pendapatan yang diperolehi oleh beliau juga telah meningkat berkali ganda.
Nama : Nurul Aina Arifah Bt Abu Bakar
Umur : 16 Tahun
Ahli : 2015
Latar belakang
Nurul Aina Arifah Binti Abu Bakar merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang sedang belajar di tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang, Pendang Kedah. Beliau telah menjadi ahli PEDi Felda Sungai Tiang sejak tahun 2015. Ketika itu beliau masih berumur 14 tahun. Ini bermakna sudah 2 tahun beliau bersama dengan Pusat Internet Felda Sungai Tiang
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan bersamaPEDi Felda Sungai Tiang, sumber rujukan beliau dalam pembelajaran adalah melalui buku dan pertanyaan kepada guru-guru dan rakan-rakan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mendaftar sebagai ahli PEDi Felda Sungai Tiang, beliau berpeluang mengikuti pelbagai kelas atau bengkel latihan yang diadakan.Beliau diberi tunjuk ajar bermula dari asas pengenalan kepada sesebuah komputer, Perkakasan komputer, Microsoft Office, pengenalan kepada internet, emel dan sebagainya.
Bermula dari seorang yang tidak mengenali ilmu ICT, kini beliau mempunyai facebook dan emel sebagai salah satu cara berkomunikasi. Beliau juga sudah mahir dalam urusan menyiapkan setiap kerja kursus yang diperlukan dalam melengkapkan proses pembelajaran. Bukan itu sahaja, beliau turut menggunakan ilmu ICT yang ada padanya untuk membantu individu lain.
Nama : Rosmida Bt Tahir
Umur : 31 Tahun
Ahli : 2017
Latar belakang
Puan Rosmida telah membuka sebuah warung yang terletak di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang. Beliau menyediakan pelbagai menu bermula dari menu sarapan pagi, tengahari sehinggalah ke petang. Pada waktu pagi beliau menyediakan menu sarapan seperti nasi lemak, kuih muih dan minuman panas. Manakala bermula dari waktu tengahari sehinggalah petang beliau menyediakan menu bihun sup, laksa serta minuman sejuk.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi, promosi berkaitan dengan perniagaan beliau adalah terhad. Sebelum ini perniagaan beliau hanya dikenali dikalangan pelajar dan penduduk sekitar warung beliau sahaja. Pendapatan bulanan yang diperolehi oleh beliau juga kurang memuaskan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kelas yang dibimbing oleh PEDi Felda Sungai Tiang seperti latihan keusahawanan dan sebagainya, beliau kini mampu untuk mempromosikan perniagaan beliau secara online. Jika dahulu, promosi perniagaan beliau hanya melibatkan kaedah hebahan dari mulut ke mulut sahaja.
Dahulunya pelanggan beliau hanya dikalangan pelajar sekolah dan penduduk sekitar sahaja, namun kita pelanggannya melangkaui kawasan tersebut. Pendapatan yang diperolehi oleh beliau juga telah meningkat berkali ganda.
Nama : Marhan Binti Abdullah
Umur : 28 Tahun
Ahli : 2015
Latar belakang
Cik Marhan menjalankan perniagaan jahitan di rumahnya sendiri yang terletak di Kg Paya Kerchut Pendang Kedah. Kini sudah hampir 6 tahun beliau menjalankan perniagaan berasaskan jahitan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT atau mengunjungi PEDi Felda Sungai Tiang, promosi dan tempahan perniagaan hanya dilakukan secara hebahan dari mulut sahaja. Jumlah pelanggan adalah dikalangan masyarakat sekeliling atau mereka yang pernah membuat tempahan sahaja. Selain itu idea-idea mengenai kemajuan dunia fesyen di negara kita juga adalah terhad. Beliau juga tidak mahir mengenai ilmu perniagaan secara online.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Di dalam bidang perniagaan jahitan, setiap tempahan menjahit pakaian yang diambil adalah mengikut citarasa dan kehendak pelanggan. Perkembangan fesyen di negara kita kini semakin berkembang maju. Setiap masa ada sahaja fesyen-fesyen terkini yang dihasilkan. Keadaan ini menyebabkan beliau tidak boleh leka bagi mengelakkan beliau daripada ketinggalan dalam memperolehi maklumat- maklumat terkini mengenai dunia fesyen. Jadi di sini internet memainkan peranannya dalam memastikan bahawa beliau sentiasa memperolehi setiap maklumat yang diperlukan seiring dengan kehendak dan citarasa para pelanggannya.
Selain itu, beliau juga menjalankan perniagaan secara online. Promosi dan tempahan boleh dibuat oleh pelanggan kini hanya boleh dilakukan melalui penggunaan emel, facebook, whatsapp dan sebagainya. Kaedah ini dilihat lebih mendatangkan kesan positif berbanding cara hebahan dari mulut ke mulut.
Beliau telah pernah mengikuti beberapa kursus perniagaan yang diadakan oleh PEDi, antaranya adalah Program Get Malaysian Business Online (GMBO) yang telah diadakan beberapa tahun yang lalu. dan banyak maklumat berguna yang beliau perolehi dalam mengembangkan lagi perniagaan beliau. Beliau turut mempromosikan perniagaannya melalui aplikasi dashboard komuniti iaitu myshop di dashboard.pi1m.my.
Nama : Luqman Nur Hakim Bin Mohamad Aliyas
Umur : 18 Tahun
Ahli : 2010
Latar belakang
Saudara Luqman Nur Hakim merupakan seorang belia. Beliau telah menjadi ahli PEDi Felda Sungai Tiang sejak tahun 2010. Ketika itu beliau masih merupakan kanak-kanak dan berumur 11 tahun. Ini bermakna sudah 7 tahun beliau bersama dengan PEDi Felda Sungai Tiang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan bersamaPEDi Felda Sungai Tiang, beliau merupakan seorang kanak-kanak biasa yang tidak mengenali ICT. Beliau banyak menghabiskan masa dengan bermain permainan tradisional, mandi sungai memancing dan sebagainya bersama rakan-rakan.
.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mendaftar sebagai ahli PEDi Felda Sungai Tiang, beliau berpeluang mengikuti pelbagai kelas atau bengkel latihan yang diadakan.Beliau diberi tunjuk ajar bermula dari asas pengenalan kepada sesebuah komputer, Perkakasan komputer, Microsoft Office, pengenalan kepada internet, emel dan sebagainya.
Bermula dari seorang kanak-kanak yang tidak mengenali ilmu ICT, kini beliau mempunyai facebook dan emel sebagai salah satu cara berkomunikasi. Beliau juga sudah mahir dalam urusan menyiapkan setiap kerja kursus yang diperlukan dalam melengkapkan proses pembelajaran beliau di Kolej Vokasional Arau. Bukan itu sahaja, beliau turut menggunakan ilmu ICT yang ada padanya untuk membantu individu lain. Contohnya beliau membantu memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakannya menggunakan internet bagi mencari maklumat.