Nama   :  Marhan Binti Abdullah
Umur    :  28 Tahun
Ahli      :  2015

Latar belakang

Cik Marhan menjalankan perniagaan jahitan di rumahnya sendiri yang terletak di Kg Paya Kerchut Pendang Kedah. Kini sudah hampir 6 tahun beliau menjalankan perniagaan berasaskan jahitan.

 

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan  ICT atau  mengunjungi PEDi Felda Sungai Tiang, promosi dan tempahan perniagaan hanya dilakukan secara hebahan dari mulut sahaja. Jumlah pelanggan adalah dikalangan masyarakat sekeliling atau mereka yang pernah membuat tempahan sahaja. Selain itu idea-idea mengenai kemajuan dunia fesyen di negara kita juga adalah terhad. Beliau juga tidak mahir mengenai ilmu perniagaan secara online.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Di dalam bidang perniagaan jahitan, setiap tempahan menjahit pakaian yang diambil adalah mengikut citarasa dan kehendak pelanggan. Perkembangan fesyen di negara kita kini semakin berkembang maju. Setiap masa ada sahaja fesyen-fesyen terkini yang dihasilkan. Keadaan ini menyebabkan beliau tidak boleh leka bagi mengelakkan beliau daripada  ketinggalan dalam memperolehi maklumat- maklumat terkini mengenai dunia fesyen. Jadi di sini internet memainkan peranannya dalam memastikan bahawa  beliau sentiasa  memperolehi setiap maklumat yang diperlukan seiring dengan kehendak dan citarasa para pelanggannya.

Selain itu, beliau juga  menjalankan perniagaan secara online. Promosi dan tempahan  boleh dibuat oleh pelanggan kini hanya boleh dilakukan melalui penggunaan emel, facebook, whatsapp dan sebagainya. Kaedah ini dilihat lebih mendatangkan kesan positif berbanding cara hebahan dari mulut ke mulut.

Beliau telah pernah mengikuti beberapa kursus perniagaan yang diadakan oleh PEDi, antaranya adalah Program Get Malaysian Business Online (GMBO) yang telah diadakan beberapa tahun yang lalu. dan banyak maklumat berguna yang beliau perolehi dalam mengembangkan lagi perniagaan beliau. Beliau turut mempromosikan perniagaannya melalui aplikasi dashboard komuniti iaitu myshop di dashboard.pi1m.my.