Nama   :  Fatin Faqihah Binti Mohd Noor
Umur    :  18 Tahun
Ahli      :  2017

 

Latar belakang

Fatin Faqihah merupakan anak kepada seorang usahawan yang menjalankan perniagaan menjual makanan ringan seperti kuih siput dan karipap mini serta perniagaan kuih raya terutamanya semasa musim perayaan seperti kuih tart nanas, kuih semperit, kuih makmur dan sebagainya. Beliau bersama ibunya  memajukan perniagaan yang diusahakan mereka.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi, promosi berkaitan dengan perniagaan adalah terhad. Sebelum ini perniagaan beliau hanya dikenali dikalangan penduduk setempat dan rakan-rakan sahaja. Pendapatan bulanan yang diperolehi oleh beliau juga kurang memuaskan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas yang dibimbing oleh PEDi Felda Sungai Tiang seperti latihan keusahawanan dan sebagainya, beliau kini mampu untuk mempromosikan perniagaan beliau secara online. Jika dahulu, promosi perniagaan beliau hanya melibatkan kaedah hebahan dari mulut ke mulut sahaja.

Dahulunya pelanggan beliau hanya dikenali dikalangan penduduk setempat dan rakan-rakan sahaja, namun kita pelanggannya adalah dari segenap tempat terutamanya di daerah Pendang ini. Pendapatan yang diperolehi oleh beliau juga telah meningkat berkali ganda.