Nama   :  Nur najihah binti sari @ saridan
Umur    :  17 Tahun
Ahli      :  2016 

Latar belakang

Beliau kini sedang menuntut dalam tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang, Pendang Kedah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi, sumber rujukan beliau  dalam pelajaran adalah buku, guru, rakan-rakan dan perpustakaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Jika dahulunya sumber rujukan pelajaran beliau adalah buku, guru, rakan-rakan dan perpustakaan, kini internet telah menjadi tambahan kepada sumber rujukan beliau. Beliau bersama rakan-rakan akan mengunjungi PEDi untuk melayari internet bagi mendapatkan maklumat dan juga sebagai tempat mengulangkaji pelajaran. Setelah mendaftar sebagai ahli pada tahun 2016, beliau juga tidak melepaskan peluang untuk mengikuti pelbagai kelas atau bengkel latihan yang telah diadakan. Antara kelas pembelajaran yang telah beliau ikuti adalah kelas asas pengenalan komputer, Microsoft Office, pengenalan kepada internet, e-pembelajaran dan emel. Kini beliau masih lagi terlibat di dalam pelbagai akriviti yang diadakan. Bukan itu sahaja, beliau turut menggunakan kemudahan lain yang ditawarkan di PEDi seperti mencetak, fotostat dan binding.