Nama : Rashidah Bt Idris
Umur : 64 Tahun
Ahli : 2011
Latar belakang
Puan Rashidah mempunyai sebuah kedai makan yang terletak di dalam Felda Sungai Tiang yang menjual pelbagai minuman panas dan sejuk, makanan bergoreng dan berkuah, nasi lemak serta pelbagai kuih muih tradisional seperti kuih tepung talam, kuih seri muka dan qasidah. Manakala untuk tempahan jahitan, beliau jalankan di rumah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, produk jualan dan perkhidmatan jahitan beliau hanya dikenali dikalangan individu, saudara - mara, rakan-rakan dan komuniti setempat sahaja. Kaedah promosi produk dan perkhidmatan jahitan beliau adalah melalui hebahan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi Felda Sungai Tiang, banyak ilmu mengenai ICT dan keusahawanan diperolehi oleh beliau. Beliau diberi tunjuk ajar mengenai cara untuk menjalankan dan mempromosi perniagaan secara atas talian. Kaedah promosi produk kini lebih meluas. Perniagaan beliau kini lebih dikenali ramai samada di alam nyata dan maya. Keuntungan yang beliau perolehi juga semakin bertambah. Tempahan makanan untuk sebarang majlis juga boleh dilakukan melalui penggunaan sosial media seperti whatsapp dan facebook selain daripada cara biasa yang dilakukan.