Nama   :  Nur Anis Suraya Bt Roslan 
Umur    : 12 Tahun
Ahli      :  2015

Latar belakang

Merupakan seorang pelajar yang belajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang. Telah mendaftar sebagai ahli PEDi Felda Sungai Tiang pada Disember 2015.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan bersama PEDi, beliau tidak mempunyai asas pengetahuan dalam bidang ICT. Kebanyakkan masa yang ada dihabiskan dengan bermain bersama rakan-rakan. Beliau juga tidak mempunyai pendedahan kesedaran terhadap pentingnya ilmu ICT.  Manakala Sumber rujukan beliau  dalam pelajaran pula adalah buku, guru, rakan-rakan dan perpustakaan desa yang berhampiran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah mendaftar sebagai ahli, beliau telah mengikuti pelbagai kelas atau bengkel latihan yang diadakan. Beliau diberi tunjuk ajar bermula dari asas pengenalan kepada sesebuah komputer, Microsoft Office, pengenalan kepada internet, aplikasi pembelajaran / permainan pendidikan dan  sebagainya. Bermula dari seorang yang tidak mempunyai asas mengenai ilmu ICT, kini beliau sudah mahir dalam segala urusan yang diperlukan dalam melengkapkan proses pembelajaran dan aktiviti seharian beliau seperti carian maklumat dan sebagainya. Ilmu ICT yang diperolehi juga turut digunakan untuk membantu individu lain seperti ahli keluarga dan rakan-rakan.