Nama : Eiki Nuraqkila Binti Mohd Aris
Umur : 18 Tahun
Ahli : 2012
Latar belakang
Merupakan seorang belia lepasan sekolah menengah. Mendaftar sebagai salah seorang sukarelawan ICT Malaysia (MIV) pada tahun 2019.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Beliau telah mendaftar sebagai ahli PI pada tahun 2012 ketika berumur 11 tahun. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI, beliau tidak mempunyai asas pengetahuan dalam bidang ict. Sumber rujukan beliau dalam pelajaran pula adalah buku, guru, rakan-rakan dan perpustakaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mendaftar sebagai ahli, beliau telah mengikuti pelbagai kelas atau bengkel latihan yang diadakan. Beliau diberi tunjuk ajar bermula dari asas pengenalan kepada sesebuah komputer, Perkakasan komputer, Microsoft Office, pengenalan kepada internet, emel dan sebagainya. Bermula dari seorang yang tidak mempunyai asas mengenai ilmu ict, kini beliau sudah mahir dalam segala urusan yang diperlukan dalam melengkapkan proses pembelajaran dan aktiviti seharian beliau seperti carian maklumat dan sebagainya. Dahulunya semasa masih belajar, sumber rujukan pelajaran beliau adalah buku, guru, rakan-rakan dan perpustakaan, kini internet telah menjadi tambahan kepada sumber rujukan beliau. Beliau bersama rakan-rakan akan mengunjungi Pusat Internet untuk melayari internet bagi mendapatkan maklumat dan juga sebagai tempat mengulangkaji pelajaran. Beliau juga turut menggunakan kemudahan lain yang ditawarkan di Pusat Internet seperti mencetak, fotostat dan binding. Beliau juga merupakan seorang sukarelawan ICT Malaysia (MIV). Dengan menjadi seorang sukarelawan ICT Malaysia (MIV), beliau dapat meningkatkan tahap keyakinan diri beliau untuk berhadapan dengan orang ramai. Beliau menjadi seorang yang lebih tabah, berdikari dan berani menghadapi cabaran.