HARI BERSAMA KOMUNITI 2019

Tarikh      : 14 Julai 2019

Masa      :  8.30 Pagi sehingga 1.00 Tengahari  

Lokasi    :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta :   128 Peserta

 

TUJUAN

Menghebahkan kepada komuniti setempat mengenai kewujudan dan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet Felda Sungai Tiang yang mana ia membantu memudahkan urusan seharian komuniti.

 

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti telah diadakan pada program tersebut. Antaranya adalah pameran dan taklimat oleh agensi iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Klinik Pergigian Sungai Tiang, Perpustakaan Desa Zon 5 dan Perpustakaan Desa Felda Sungai Tiang, pemeriksaan gigi, pertandingan mewarna, pertandingan mengarang artikel dan My Komuniti, demostrasi memadam kebakaran, pemeriksaan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah (My Health), pertandingan video menarik, muat turun aplikasi dashboard komuniti dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik.

Gambar di sini

 

TEKA SILANG KATA KLIK DENGAN BIJAK

Tarikh      : 12 Julai 2019

Masa      :  10.00 Pagi sehingga 12.00 Pagi  

Lokasi    :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta :   10 Peserta

 

TUJUAN

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi keseronokkan serta membuka minda peserta supaya berfikir lebih kreatif dan juga berfikir di luar kotak iaitu berlainan daripada kebiasaan kerana aktiviti word search ini mengkehendaki mereka untuk mencari beberapa perkataaan tersembunyi yang berkaitan dengan klik dengan bijak iaitu Ia merupakan  sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Ia penting dalam membendung masalah penyalahgunaan internet yang boleh membawa risiko kepada kandungan-kandungan yang tidak sihat dan tidak bermoral. 

 

AKTIVITI

Mereka harus mencari beberapa perkataaan tersembunyi di dalam himpunan berpuluh-puluh mahupun beratus-ratus huruf yang berkaitan dengan teknologi dan kesan buruk penggunaan tanpa kawalan.

Gambar di sini

 

EDARAN PROJEK TELEVISYEN TERRESTRIAL DIGITAL (DTT) BERSAMA SUKARELAWAN MIV (MALAYSIA ICT VOLUNTEER)

Tarikh      :  28 Jun 2019

Masa      :   9.00 Petang sehingga 12.00 Tengahari 

Lokasi    :    Bazar Kemboja Rakyat Pendang

Peserta :     300 Peserta

 

TUJUAN

Projek Televisyen Terrestrial Digital atau Digital Terrestrial Television (DTT) sedang dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara. Sehubungan dengan itu, maklumat mengenai DTT perlu disebarkan kepada orang ramai. Pelbagai kaedah sedang dilaksanakan untuk menghebah maklumat tersebut diantaranya ialah penglibatan Sukarelawan MIV (Malaysia ICT Volunteer) .

 

AKTIVITI

Edaran risalah kepada orang ramai mengenai Projek Televisyen Terrestrial Digital atau Digital Terrestrial Television (DTT).

Gambar di sini

 

LATIHAN KEUSAHAWANAN : SOSIAL MEDIA DALAM PERNIAGAAN

Tarikh      : 4 Julai 2019

Masa      :  2.30 Petang sehingga 4.30 Petang 

Lokasi    :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta :   2 Peserta

 

TUJUAN

Aktiviti ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta bahawa betapa besarnya pengaruh media sosial di dalam dunia perniagaan pada masa kini. Antara media sosial yang mempunyai pengaruh besar dalam bidang perniagaan adalah Facebook, WhatsApp, Instagram dan Twitter. Tetapi pada aktiviti pada kali ini kita memberi tumpuan kepada penggunaan facebook.

 

AKTIVITI

Peserta diberi tunjuk ajar kepada untuk memulakan media sosial iaitu facebook. Mereka diajar untuk mendaftar akaun e-mel, mendaftar facebook, mencari kenalan, mengesahkan kenalan, berkongsi dan memasukkan gambar produk perniagaan dan seterusnya menyiarkan produk tersebut. Mereka juga diajar untuk menulis status berkaitan produk perniagaan di wall serta membina kumpulan terutamanya yang berkaitan dengan perniagaan.

Gambar di sini

 

E-PEMBELAJARAN (ONLINE LEARNING ACTIVITIES)

Tarikh      :  15 Jun 2019

Masa      :   10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari  

Lokasi    :    Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta :     5 Peserta

 

TUJUAN

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi kelainan kepada peserta dalam aktiviti pembelajaran melalui aktiviti permainan pendidikan yang menghiburkan disamping memahirkan peserta kepada penggunaan komputer.

 

AKTIVITI 

Peserta diberi tunjuk ajar cara untuk memulakan laman web www.sheppardsoftware.com dan mereka dikehendaki memilih pelbagai kategori permainan dan latihan yang disediakan dan seterusnya menyelesaikan semua aktiviti yang ada padanya.

Gambar di sini