E-PEMBELAJARAN (TYPING TEST ACITIVITIES)

Tarikh      : 9 Disember 2019

Masa      :  10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari 

Lokasi    :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang    

Peserta :   6 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan peserta terutamanya mereka yang berada di peringkat sekolah rendah kepada aktiviti menaip secara online. Hal ini bertujuan untuk memberi kelainan dalam teknik latihan yang diadakan bagi melatih mereka untuk memahir dan memantapkan diri kepada teknik menaip.

 

AKTIVITI 

Peserta diberi pendedahan kepada laman web yang bersesuaian  iaitu  www.typingtest.com . Mereka dikehendaki menyiapkan satu petikan yang diberikan dengan betul dan pantas dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Gambar di sini

 

E-PEMBELAJARAN (PERMAINAN PENDIDIKAN MATEMATIK)

Tarikh     : 6 Disember 2019

Masa      : 10.30 Pagi sehingga 12.30 Tengahari  

Lokasi    : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta  : 6 Peserta

 

TUJUAN

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta mahir dan mengulangkaji ilmu matematik walaupun semasa musim cuti sekolah dengan pelbagai aktiviti secara atas talian yang merangkumi aktiviti penyelesaian masalah, pengiraaan, teka teki dan sebagainya.

 

AKTIVITI

Peserta dibukakan dan diajar untuk membuka laman web permainan pendidikan matematik atas talian yang bersesuaian. Mereka dikehendaki menyelesaikan permainan pendidikan yang ada pada laman web tersebut.

Gambar di sini

 

MINI KARNIVAL MIV BERSAMA KOMUNITI 2019

Tarikh     : 16 November 2019

Masa      : 2.30 Petang sehingga 5.00 Petang   

Lokasi    : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta  : 44 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara komuniti, sukarelawan ICT dan petugas Pusat Internet. Pelbagai aktiviti telah diadakan dengan masing-masing mempunyai tujuannya yang tersendiri. Bagi aktiviti taklimat advokasi dan kuiz kahoot, ia memberi pendedahan mengenai bahayanya buli online. Aktiviti "Youtube For A Living" pulak bertujuan memberi idea dan memahirkan diri dengan aktiviti diy. Manakala aktiviti mencipta brochures (risalah) memberi pendedahan kepada peserta kepada teknik penghasilan broucher (risalah) yang kemas dan menarik.

 

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang berlangsungnya program tersebut iaitu taklimat advokasi buli online, kuiz kahoot, aktiviti mewarna, youtube for a living dan penghasilan brochures (risalah).

Gambar di sini

 

KARNIVAL KESIHATAN " MAI PAKAT SIHAT" PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN KUBUR PANJANG DAN SAMBUTAN HARI DIABETES SEDUNIA "THE FAMILY AND DIABETES" PERINGKAT DAERAH PENDANG 2019

Tarikh     : 23 November 2019

Masa      : 7.30 Pagi sehingga 12.00 Tengahari  

Lokasi    : Klinik Kesihatan Kubur Panjang

Peserta  : 100 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai pentingnya penjagaan kesihatan melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut adalah pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan pergigian, saringan Peka B40,booth interaktif Persatuan Diabetes, senamrobik dan sebagainya. Pusat Internet Kluster Pendang turut mengambil inisiatif untuk turut sama membantu masyarakat dalam menjaga kesihatan melalui aktiviti Explorace Sihat. Explorace Sihat merupakan aktiviti penyediaan menu sihat iaitu sandwich. Disamping itu Pusat Internet Kluster Pendang turut mempromosikan kewujudan, kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan dalam memastikan masyarakat sekeliling tidak ketinggalan dalam ilmu ict.

 

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang berlangsungnya program tersebut iaitu Explorace Sihat, Pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan pergigian, saringan Peka B40,booth interaktif Persatuan Diabetes, senamrobik dan sebagainya. 

Gambar di sini

 

PROGRAM MIV BERSAMA SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TIANG

Tarikh     : 13 November 2019

Masa      : 10.00 Pagi sehingga 1.00 Tengahari  

Lokasi    : Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang

Peserta  : 80 Peserta

 

TUJUAN

Program ini melibatkan pelajar tahun 5 dan tahun 6 Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai bahayanya penggunaan internet yang berlebihan dan tanpa pengawasan. Hal ini adalah penting bagi mengelakkan mereka daripada menjaga mangsa jenayah seperti buli siber, penipuan dan sebagainya. Program ini telah dikendalikan oleh sukarelawan ICT Malaysia (MIV) yang terdiri daripada sukarelawan ICT Malaysia (MIV) dari Pusat Internet Felda Sungai Tiang dan Pusat Internet Kampung Pondok Chegar.

 

AKTIVITI 

Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memastikan setiap peserta memahami tujuan sebenar program ini diadakan. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah kolaj klik dengan bijak, koyak magic, taklimat klik dengan bijak dan juga kuiz. Aktiviti ini telah diadakan secara berkumpulan iaitu melibatkan 5 orang untuk satu kumpulan.

Gambar di sini