PERASMIAN PERINTIS KELAS ASAS KOMPUTER BERSAMA MPKK DAERAH PENDANG OLEH MENTERI BESAR KEDAH

Tarikh      : 28Julai 2019

Masa      :  8.00 Malam sehingga 9.00 Malam 

Lokasi    :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta :   10 Peserta

 

TUJUAN

Semperna Majlis Diskusi Bersama YAB. Menteri Besar Kedah Dan Perasmian Pusat Khidmat Rakyat N.19 Dun Sungai Tiang, Majlis Perasmian Perintis Kelas Asas Komputer Bersama MPKK Daerah Pendang yang melibatkan Pusat Internet Kluster Pendang telah diadakan di Pusat Internet Felda Sungai Tiang. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan bimbingan mengenai teknologi maklumat kepada golongan MPKK di Daerah Pendang ini. Peserta yang terlibat adalah dikalangan golongan MPKK seramai 10 orang telah hadir untuk mengikuti kelas asas komputer.

 

AKTIVITI

Antara aktiviti yang telah diadakan pada program tersebut adalah kelas/ bengkel Kelas Asas Komputer. Peserta diberikan penerangan terlebih dahulu melalui tayangan slide perbentangan mengenai asas komputer. Seterusnya peserta dikehendaki menaip satu artikel ringkas menggunakan microsoft Word. 

Gambar di sini