PERTANDINGAN BUBUR ASYURA PERDANA PERINGKAT DAERAH PENDANG 2019

Tarikh     : 21 September 2019

Masa      : 8.00 Pagi sehingga 1.00 Tengahari

Lokasi    :  Pendang Convention Centre (PCC)  

Peserta  : 300 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara penganjur iaitu Majlis Daerah Pendang, Pusat Internet Kluster Pendang dan komuniti setempat.

 

AKTIVITI

Pertandingan mengacau bubur asyura telah diadakan dikalangan pelbagai pihak yang terlibat.

Gambar di sini

 

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN 2019 DAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA SERTA PROGRAM JEJAK MERDEKA

Tarikh     : 15 September 2019

Masa      : 10.00 Pagi sehingga 12.30 Pagi

Lokasi    :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang  

Peserta  : 400 Peserta

TUJUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan kedatangan bulan kemerdekaan bagi sama-sama menghargai jasa dan pengorbanan insan terdahulu dalam memastikan negara kita bebas daripada cengkaman penjajah.

 

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti telah diadakan iaitu perbarisan dan basikal berhias, deklamasi puisi, pertandingan lagu patriotik dan pakaian tradisional, kuiz teka silang kata klik dengan bijak dan teka silang kata kemerdekaan.

Gambar di sini

 

WORD SEARCH ACTIVITIES

Tarikh     : 5 September 2019

Masa      : 9.30 Pagi sehingga 11.30 Pagi

Lokasi    :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang  

Peserta  : 1 Peserta

 

TUJUAN

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi keseronokkan serta membuka minda peserta supaya berfikir lebih kreatif dan juga berfikir di luar kotak iaitu berlainan daripada kebiasaan kerana aktiviti word search ini mengkehendaki mereka untuk mencari beberapa perkataaan tersembunyi.

 

AKTIVITI 
Peserta dibukakan  kepada laman web word search dan mereka diberi tunjuk ajar cara menggunakan tetikus bagi mencari perkataan yang tersembunyi. Mereka harus mencari beberapa perkataaan tersembunyi di dalam himpunan berpuluh-puluh mahupun beratus-ratus huruf mengikut kategori tertentu seperti buah-buahan, makanan, haiwan dan sebagainya.

Gambar di sini

 

E-PEMBELAJARAN (CARIAN MAKLUMAT DAN POSTER HARI MALAYSIA)

Tarikh     : 13 September 2019

Masa      : 9.30 Pagi sehingga 12.30 Pagi

Lokasi    :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang  

Peserta  : 12 Peserta

 

TUJUAN

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik pencarian maklumat melalui  internet sebagai salah satu medium pencarian maklumat disamping mereka dikehendaki merekacipta sebuah poster bagi meraikan kedatangan Hari Malaysia.

 

AKTIVITI

Peserta diajar bagaimana untuk melayari internet bagi mencari maklumat. Mereka dikehendaki melayari internet bagi mendapatkan maklumat dalam usaha untuk menghasilkan sebuah poster yang bersesuaian yang berkaitan dengan tajuk poster.

Gambar di sini

 

PROGRAM SAHABAT BIJAK SAFE & PROTECT

Tarikh      : 29 Ogos 2019

Masa      :  9.00 Pagi sehingga 10.30 Pagi 

Lokasi    :  Sekolah Model Khas Bukit Jenun  

Peserta :   100 Peserta

 

TUJUAN

Aktiviti ini diadakan untuk memberi kesedaran dikalangan pelajar sekolah menengah mengenai bahayanya penggunaan internet tanpa kawalan melalui pelbagai kempen-kempen yang diadakan. Ia adalah penting supaya peserta tidak mudah terdedah kepada kandungan-kandungan yang tidak bermoral yang boleh membawa kemudaratan kepada mereka.

 

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti taklimat online grooming, taklimat sexting dan juga taklimat maklumat palsu. Seterusnya adalah sesi soal jawab mengenai topik yang dibincangkan. 

Gambar di sini