E-PEMBELAJARAN (SIFIR/ DARAB AKTIVITI)

Tarikh     :8 Mac 2019

Masa      :10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari  

Lokasi    : Pusat Internet Felda Sungai Tiang 

Peserta  : 14 Peserta

 

TUJUAN

Program  ini diadakan bertujuan memberi keseronokan kepada pelajar untuk belajar matematik. Aktiviti kali ini memberi tumpuan kepada pelajar untuk belajar sifir secara dalam talian. Disamping itu, peserta juga dapat mengulangkaji pelajaran.

 

AKTIVITI 

Peserta diberi tunjuk ajar untuk membuka laman web yang berkaitan dengan aktiviti sifir. Seterusnya mereka dikehendaki menjawab soalan uji kepantasan sifir dan permainan sifir.

Gambar di sini

 

TEMUDUGA TERBUKA BERSAMA JOBS MALAYSIA DAN MATTEL (MALAYSIA) SDN.BHD.

Tarikh     :  25  Februari 2019

Masa      :10.00 Pagi sehingga 2.00 Petang 

Lokasi    : Pusat Internet Felda Sungai Tiang 

Peserta  : 20 Peserta

TUJUAN

Program  ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan memudahkan komuniti setempat merebut peluang pekerjaan yang telah disediakan oleh pihak Jobs Malaysia dan Mattel (Malaysia)Sdn. Bhd dalam usaha untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk setempat. 

 

AKTIVITI 

Aktiviti utama adalah sesi temuduga oleh yang diadakan oleh pihak Mattel (Malaysia)  Sdn. Bhd untuk mencari peserta yang berkelayakan mengisi kekosongan jawatan yang telah disediakan.

Gambar disini

 

KLIK DENGAN BIJAK DAN MYHEALTH SEMPERNA  PERTANDINGAN WAU DAN SUKANEKA FELDA SUNGAI TIANG

arikh     :  9 Februari 2019

Masa      : 3.00 Petang sehingga 5.00 Petang 

Lokasi    :  Padang Kelab Sukan Felda Sungai Tiang 

Peserta  :   35 Peserta

 

TUJUAN

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan dan mempertahankan permainan tradisional malaysia disamping memberi pendedahan mengenai bahayanya pengunaan internet tanpa kawalan serta memperkenalkan modul Dashboard Komuniti iaitu MyHealth.

 

AKTIVITI 
-Pertandingan Wau

-Sukaneka

-Mewarna 

-Kuiz Teka Silang Kata

-Pemeriksaan Tekanan darah dan kandungan gula dalam darah

Gambar di sini

 

LATIHAN MEDIA BARU (FACEBOOK)

tarikh     :  20  Februari 2019

Masa      :10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari

Lokasi    : Pusat Internet Felda Sungai Tiang 

Peserta  : 1 Peserta

 

TUJUAN

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada peserta kepada laman media baru iaitu facebook. Facebook merupakan laman web sosial yang membolehkan kita bersosial secara maya dengan sesiapa sahaja yang kita inginkan.

 

AKTIVITI 

Antara aktiviti yang dilakukan untuk memulakan facebook adalah peserta dikehendaki mencipta akaun emel,mendaftar facebook, mencari kenalan di facebook, berkongsi gambar, membaca dan menulis status di wall facebook, mengesahkan kenalan dan cara untuk keluar dari facebook (logout).

Gambar di sini

 

E-PEMBELAJARAN (AKTIVITI WORD SEARCH)

Tarikh     :  8 Februari 2019

Masa      : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari

Lokasi    :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta  :  2 Peserta

 

TUJUAN

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi keseronokkan serta membantu minda peserta supaya lebih berfikir dan juga berfikir di luar kotak kerana aktiviti word search ini mengkehendaki mereka untuk mencari beberapa perkataaan tersembunyi. 

 

AKTIVITI 
Peserta dibukakan  kepada laman web word search dan mereka diberi tunjuk ajar cara menggunakan tetikus bagi mencari perkataan yang tersembunyi. Mereka harus mencari beberapa perkataaan tersembunyi di dalam himpunan berpuluh-puluh mahupun beratus-ratus huruf mengikut kategori tertentu seperti buah-buahan, makanan, haiwan dan sebagainya.

Gambar di sini