Online Grooming Semperna Program Pemantapan Kualiti Peribadi Bersama
Warga IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Tarikh : 13 Julai 2017
Masa : 8.15 Pagi sehingga 10.00 Pagi
Tempat : Dewan Munsyi, IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sg Petani Kedah
Peserta : 187 Orang
Tujuan
Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim mengenai “Online Grooming” . Online grooming adalah pembentukan atau didikan keperibadian kanak-kanak oleh pemangsa supaya kanak-kanak itu mengikut arahan pemangsa untuk pelbagai tujuan termasuk seksual, keganasan dan jenayah.
Aktiviti
Sesi pertama yang dijalankan adalah sesi penyampaian taklimat yang disampaikan oleh petugas Pusat Internet Kluster Pendang mengenai maksud online grooming,tujuan berlakunya online grooming dan seterusnya langkah-langkah yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini daripada berleluasa. Seterusnya dijalankan pula sesi soal jawab iaitu kuiz mengunakan aplikasi kahoot iaitu satu aplikasi permainan berasaskan pembelajaran .
Sesi seterusnya adalah sesi pemyampaian hadiah kepada peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz dan sesi penyampaian cenderahati kepada pensyarah dan staff yang banyak memberi kerjasama sehingga berjayanya program tersebut dilaksanakan. Sesi terakhir adalah sesi bergambar di antara Petugas Pusat Interent Kluster Pendang bersama semua peserta program sebagai tanda kenang-kenangan.
KDB Online Grooming Bersama Guru Kafa Daerah Pendang
Tarikh : 14 Jun 2017
Masa : 9.00 sehingga 11.00 Pagi
Tempat : Majlis Sultanah Haminah Tanah Merah Pendang
Peserta : 256 Orang
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru kafa bagi Daerah Pendang mengenai Online Grooming iaitu pembentukan atau didikan keperibadian kanak-kanak oleh pemangsa supaya kanak-kanak itu mengikut arahan pemangsa. Diharapkan agar guru-guru kafa memahami dan mengetahui betapa bahayanya online grooming dan seterusnya menyampaikan serta menyebarkan perkara ini kepada semua individu supaya berhati-hati.
Aktiviti
Program telah dijalankan selama 2 jam. Sesi pertama yang dijalankan adalah sesi penyampaian taklimat disampaikan oleh petugas Pusat Internet Kluster Pendang mengenai maksud online grooming,tujuan online grooming dan seterusnya langkah-langkah yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini daripada berleluasa. Seterusnya dijalankan pula sesi soal jawab.Ini bertujuan untuk membolehkan guru-guru kafa menanyakan soalan atau pun melontarkan pandangan sekiranya mereka tidak memahami atau mempunyai pandangan mengenai isu online grooming ini.
Program Edaran Bubur Lambuk
Tarikh : 10 Jun 2017
Masa : 8.30 Pagi sehingga 5.00 Petang
Tempat : Bazar Ramadan Pekan Pendang, Petronas dan Shell Pendang
Peserta : Penduduk Pekan Pendang dan sekitarnya
Tujuan
Bersama-sama dengan Group Facebook Pendang, Pusat Internet Kluster Pendang mengambil peluang untuk bersama-sama menyertai program edaran bubur lambuk untuk warga masyarakat Pendang. Program ini diadakan bertujuan untuk bersama-sama berkongsi rezeki bersama individu lain.
Aktiviti
Pusat Internet Kluster Pendang yang terdiri daripada Internet Felda Sungai Tiang, Pusat Internet Sg Korok, Pusat Internet Pondok Chegar, Pusat Internet Bukit Raya, Pusat Internet Bukit Jenun, Pusat Internet Paya Mengkuang, Pusat Internet Bukit Sekechong, Pusat Internet Ayer Puteh dan Pusat Internet Kubur Panjang telah mengambil peluang untuk menyertai program edaran bubur lambuk yang dianjurkan oleh Group Facebook Pendang. Program bermula sekitar jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 5.00 petang.
Program ini dimulakan dengan sesi memasak bubur lambuk pada waktu pagi. Bubur lambuk yang siap dimasak seterusnya dibungkus untuk diedarkan kepada warga masyarakat Pendang. Pada sebelah petangnya, sesi edaran bubur lambuk pula dilakukan. Antara lokasi yang disasarkan untuk mengedarkan bubur lambuk adalah Bazar Ramadan Pekan Pendang, Petronas dan Shell Pendang.