PROGRAM JOM KEMBALI KE SEKOLAH SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH DAN MAULIDUR RASUL 1441H

Tarikh      : 14 Disember 2019

Masa      :  8.00 Pagi sehingga 1.00 Tengahari 

Lokasi    :  Pusat Internet Kg Pondok Chegar    

Peserta :   100 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi sumbangan kepada golongan berpendapatan rendah di sekitar. Pusat Internet Kluster Pendang mengambil inisiatif untuk membuka booth dan menjalankan beberapa aktiviti advokasi dan dashboard komuniti iaitu kempen mobile e-waste, kuiz klik dengan bijak dan pemeriksaan saringan kesihatan percuma.

 

AKTIVITI

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang berlangsungnya program tersebut adalah aktiviti advokasi iaitu melibatkan aktiviti kuiz klik dengan bijak dan pendedahan kepada komuniti yang hadir mengenai pentingnya kempen mobile e-waste iaitu kitar semula telefon bimbit lama dengan cara yang berhemah. Manakala bagi aktiviti dashboard komuniti pula telah diadakan aktiviti pemeriksaan saringan kesihatan percuma iaitu pemeriksaan tekanan darah.

Gambar di sini

 

E-PEMBELAJARAN (TYPING TEST ACITIVITIES)

Tarikh      : 9 Disember 2019

Masa      :  10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari 

Lokasi    :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang    

Peserta :   6 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan peserta terutamanya mereka yang berada di peringkat sekolah rendah kepada aktiviti menaip secara online. Hal ini bertujuan untuk memberi kelainan dalam teknik latihan yang diadakan bagi melatih mereka untuk memahir dan memantapkan diri kepada teknik menaip.

 

AKTIVITI 

Peserta diberi pendedahan kepada laman web yang bersesuaian  iaitu  www.typingtest.com . Mereka dikehendaki menyiapkan satu petikan yang diberikan dengan betul dan pantas dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Gambar di sini

 

KARNIVAL KESIHATAN " MAI PAKAT SIHAT" PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN KUBUR PANJANG DAN SAMBUTAN HARI DIABETES SEDUNIA "THE FAMILY AND DIABETES" PERINGKAT DAERAH PENDANG 2019

Tarikh     : 23 November 2019

Masa      : 7.30 Pagi sehingga 12.00 Tengahari  

Lokasi    : Klinik Kesihatan Kubur Panjang

Peserta  : 100 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai pentingnya penjagaan kesihatan melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut adalah pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan pergigian, saringan Peka B40,booth interaktif Persatuan Diabetes, senamrobik dan sebagainya. Pusat Internet Kluster Pendang turut mengambil inisiatif untuk turut sama membantu masyarakat dalam menjaga kesihatan melalui aktiviti Explorace Sihat. Explorace Sihat merupakan aktiviti penyediaan menu sihat iaitu sandwich. Disamping itu Pusat Internet Kluster Pendang turut mempromosikan kewujudan, kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan dalam memastikan masyarakat sekeliling tidak ketinggalan dalam ilmu ict.

 

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang berlangsungnya program tersebut iaitu Explorace Sihat, Pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan pergigian, saringan Peka B40,booth interaktif Persatuan Diabetes, senamrobik dan sebagainya. 

Gambar di sini

 

E-PEMBELAJARAN (PERMAINAN PENDIDIKAN MATEMATIK)

Tarikh     : 6 Disember 2019

Masa      : 10.30 Pagi sehingga 12.30 Tengahari  

Lokasi    : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta  : 6 Peserta

 

TUJUAN

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta mahir dan mengulangkaji ilmu matematik walaupun semasa musim cuti sekolah dengan pelbagai aktiviti secara atas talian yang merangkumi aktiviti penyelesaian masalah, pengiraaan, teka teki dan sebagainya.

 

AKTIVITI

Peserta dibukakan dan diajar untuk membuka laman web permainan pendidikan matematik atas talian yang bersesuaian. Mereka dikehendaki menyelesaikan permainan pendidikan yang ada pada laman web tersebut.

Gambar di sini

 

MINI KARNIVAL MIV BERSAMA KOMUNITI 2019

Tarikh     : 16 November 2019

Masa      : 2.30 Petang sehingga 5.00 Petang   

Lokasi    : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta  : 44 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara komuniti, sukarelawan ICT dan petugas Pusat Internet. Pelbagai aktiviti telah diadakan dengan masing-masing mempunyai tujuannya yang tersendiri. Bagi aktiviti taklimat advokasi dan kuiz kahoot, ia memberi pendedahan mengenai bahayanya buli online. Aktiviti "Youtube For A Living" pulak bertujuan memberi idea dan memahirkan diri dengan aktiviti diy. Manakala aktiviti mencipta brochures (risalah) memberi pendedahan kepada peserta kepada teknik penghasilan broucher (risalah) yang kemas dan menarik.

 

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang berlangsungnya program tersebut iaitu taklimat advokasi buli online, kuiz kahoot, aktiviti mewarna, youtube for a living dan penghasilan brochures (risalah).

Gambar di sini