ADVOKASI SCAM ALERT BERSAMA KOMUNITI PONDOK CHEGAR SEMPENA MESYUARAT TAHUNAN MADA

 Tarikh : 25 Februari 2020 

Masa : 2.30 Petang hingga 4.30 Petang

Tempat : Pusat Internet Kg Pondok Chegar

Peserta : Dewasa, wanita dan warga emas    

 

TUJUAN

Pendedahan mengenai bahayanya sindiket penipuan atas talian  yang menggunakan data peribadi bagi tujuan  menipu, memanipulasi, memeras ugut, menjerat, mengaut keuntungan dan sebagainya.

 

AKTIVITI

Permulaan program dimulakan dengan penyampaian taklimat mengenai “Scam Alert”. Peserta diberikan penerangan ringkas mengenai maksud, tujuan, golongan sasaran dan juga langkah-langkah keselamatan daripada terjebak dengan scam alert.  Seterusnya sesi soal jawab kuiz dilakukan. Peserta yang  berjaya menjawab soalan diberikan hadiah.

Gambar disini

 

LATIHAN MEDIA BARU (FACEBOOK)

Tarikh   :15/2/2020

Masa    :10.00pagi - 12.00 tengahari

Tempat : Pusat Internet Felda Sungai Tiang   

Peserta : 2 Orang

 TUJUAN

Memperkenalkan peserta kepada latihan media baru. Latihan media baru merangkumi twitter ,facebook ,Instagram dan sebagainya.

 AKTIVITI

Peserta diperkenalkan kepada salah satu latihan media baru iaitu facebook. Peserta diajar cara untuk membuka akan facebook. Seterusnya mereka diajar cara untuk memuatnaik gambar, mengemaskini profil, membuat status , pengumuman dan sebagainya yang bersesuaian.

Gambar disini

 

BENGKEL PENGGUNAAN LAMAN WEB KERAJAAN (SISTEM PENGURUSAN PERKAHWINAN ISLAM MALAYSIA)

Tarikh    : 2 Februari 2020

Masa     : 10.00pagi  sehingga 12.00 tengahari    

Tempat : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta : 2 orang

 

TUJUAN

Bengkel ini diadakan untuk membantu dan memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai sistem pengurusan perkahwinan Islam Malaysia yang harus dilakukan secara atas talian sekiranya mereka ingin melangsungkan perkahwinan.

 

AKTIVITI

Peserta diberi tunjuk ajar untuk membuka laman web SPPIM iaitu Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia dan seterusnya cara mengisi borang permohonan kebenaran berkahwin online.

Gambar disini

 

ADVOKASI ONLINE BERSAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOKAI

Tarikh : 11 Februari 2020

Masa : 11.00 Pagi sehingga 1.00 Tengahari

Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Tokai

Peserta : 212 Orang

TUJUAN

Pendedahan mengenai bahayanya penggunaan internet tanpa kawalan sehingga mendorong kepada online grooming iaitu pembentukan keperibadian kanak-kanak oleh pemangsa supaya kanak-kanak itu mendengar kata-kata atau suruhan pemangsa untuk tujuan seksual, keganasan dan jenayah

 

AKTIVITI

Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang program tersebut adalah penyampaian taklimat online grooming oleh petugas Pusat Internet Kluster Pendang, aktiviti tayangan video, kuiz online grroming dan juga teka silang kata online grooming.  Akhir sekali adalah sesi penyampaian hadiah kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan betul serta penyampaian cenderahati kepada pihak sekolah sebagai tanda penghargaan kerana sudi bekerjasama sehingga program berjaya dilaksanakan.

Gambar disini

 

KUIZ KLIK DENGAN BIJAK

Tarikh    : 28 Januari 2020

Masa     : 2.30 Petang sehingga 4,30 Petang    

Tempat : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta :10 orang

 

TUJUAN

Kuiz ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta supaya menggunakan internet dengan bijak bagi menggelakkan peserta terdedah kepada kandungan-kandungan yang tidak bermoral dan menjadi mangsa penipuan di internet.

 

AKTIVITI

Peserta dikehendaki menjawab beberapa soalan kuiz bertulis yang disediakan berkaitan dengan klik dengan bijak .Peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan banyak diberikan hadiah kerana berjaya memahami tajuk yang dibincangkan.

Gambar disini