E-PEMBELAJARAN : PENCARIAN MAKLUMAT/ ULANGKAJI UPSR
Tarikh : 23 Julai 2019 Masa : 3.30 Petang sehingga 5.30 petang Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 4 Peserta |
TUJUAN
Membantu peserta dalam pencarian maklumat dan mengulangkaji kaji pelajaran sebagai persiapan untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal tiba tidak lama lagi.
AKTIVITI
Peserta diajar bagaimana untuk melayari internet bagi mencari maklumat berkaitan UPSR serta contoh-contoh soalan UPSR yang bersesuaian.
HARI BERSAMA KOMUNITI 2019
Tarikh : 14 Julai 2019 Masa : 8.30 Pagi sehingga 1.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 128 Peserta |
TUJUAN
Menghebahkan kepada komuniti setempat mengenai kewujudan dan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet Felda Sungai Tiang yang mana ia membantu memudahkan urusan seharian komuniti.
AKTIVITI
Pelbagai aktiviti telah diadakan pada program tersebut. Antaranya adalah pameran dan taklimat oleh agensi iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Klinik Pergigian Sungai Tiang, Perpustakaan Desa Zon 5 dan Perpustakaan Desa Felda Sungai Tiang, pemeriksaan gigi, pertandingan mewarna, pertandingan mengarang artikel dan My Komuniti, demostrasi memadam kebakaran, pemeriksaan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah (My Health), pertandingan video menarik, muat turun aplikasi dashboard komuniti dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik.
LATIHAN KEUSAHAWANAN : SOSIAL MEDIA DALAM PERNIAGAAN
Tarikh : 4 Julai 2019 Masa : 2.30 Petang sehingga 4.30 Petang Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 2 Peserta |
TUJUAN
Aktiviti ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta bahawa betapa besarnya pengaruh media sosial di dalam dunia perniagaan pada masa kini. Antara media sosial yang mempunyai pengaruh besar dalam bidang perniagaan adalah Facebook, WhatsApp, Instagram dan Twitter. Tetapi pada aktiviti pada kali ini kita memberi tumpuan kepada penggunaan facebook.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar kepada untuk memulakan media sosial iaitu facebook. Mereka diajar untuk mendaftar akaun e-mel, mendaftar facebook, mencari kenalan, mengesahkan kenalan, berkongsi dan memasukkan gambar produk perniagaan dan seterusnya menyiarkan produk tersebut. Mereka juga diajar untuk menulis status berkaitan produk perniagaan di wall serta membina kumpulan terutamanya yang berkaitan dengan perniagaan.
TEKA SILANG KATA KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh : 12 Julai 2019 Masa : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Pagi Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 10 Peserta |
TUJUAN
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi keseronokkan serta membuka minda peserta supaya berfikir lebih kreatif dan juga berfikir di luar kotak iaitu berlainan daripada kebiasaan kerana aktiviti word search ini mengkehendaki mereka untuk mencari beberapa perkataaan tersembunyi yang berkaitan dengan klik dengan bijak iaitu Ia merupakan sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Ia penting dalam membendung masalah penyalahgunaan internet yang boleh membawa risiko kepada kandungan-kandungan yang tidak sihat dan tidak bermoral.
AKTIVITI
Mereka harus mencari beberapa perkataaan tersembunyi di dalam himpunan berpuluh-puluh mahupun beratus-ratus huruf yang berkaitan dengan teknologi dan kesan buruk penggunaan tanpa kawalan.
EDARAN PROJEK TELEVISYEN TERRESTRIAL DIGITAL (DTT) BERSAMA SUKARELAWAN MIV (MALAYSIA ICT VOLUNTEER)
Tarikh : 28 Jun 2019 Masa : 9.00 Petang sehingga 12.00 Tengahari Lokasi : Bazar Kemboja Rakyat Pendang Peserta : 300 Peserta |
TUJUAN
Projek Televisyen Terrestrial Digital atau Digital Terrestrial Television (DTT) sedang dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara. Sehubungan dengan itu, maklumat mengenai DTT perlu disebarkan kepada orang ramai. Pelbagai kaedah sedang dilaksanakan untuk menghebah maklumat tersebut diantaranya ialah penglibatan Sukarelawan MIV (Malaysia ICT Volunteer) .
AKTIVITI
Edaran risalah kepada orang ramai mengenai Projek Televisyen Terrestrial Digital atau Digital Terrestrial Television (DTT).