KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG PERINGKAT DAERAH PENDANG 2019

Tarikh      : 7 Ogos 2019

Masa      :  9.00 Malam sehingga 1.00 Tengahari  

Lokasi    :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta :   100 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan kedatangan bulan kemerdekaan bagi sama-sama menghargai jasa dan pengorbanan insan terdahulu dalam memastikan negara kita bebas daripada cengkaman penjajah.

 

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti telah diadakan pada program tersebut. Antaranya adalah pembukaan booth oleh Pusat Internet Kluster Pendang bagi memperkenal dan mempromosikan kewujudan 8 buah Pusat Internet di daerah Pendang, modul Dashboard Komuniti iaitu My Health iaitu pemeriksaan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah, konvoi merdeka oleh jabatan-jabatan di daerah Pendang, kolaj bunga kebangsaan dan pertandingan merdeka bagi pelajar tabika.

Gambar di sini