E-PEMBELAJARAN (APLIKASI PEMBELAJARAN - MEWARNA ONLINE, PUZZLES DAN DOTS)

Tarikh     : 17 Mei 2019

Masa      : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari 

Lokasi    :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang  

Peserta  :  5 Peserta

 

TUJUAN

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi kelainan kepada peserta dalam  pembelajaran  melalui aktiviti aplikasi pembelajaran yang menghiburkan disamping memahirkan peserta kepada penggunaan komputer melalui aktivit mewarna secara online, puzzles online dan menyambung  titik atau pun dikenali sebagai dots.

 

AKTIVITI 

Peserta diberi tunjuk ajar cara untuk memulakan laman web www.coloring4all.com dan mereka dikehendaki memilih aplikasi pembelajaran yang ada dan seterusnya menyelesaikan aktiviti yang ada padanya.

Gambar di sini

 

E-PEMBELAJARAN (PERMAINAN PENDIDIKAN MATEMATIK)

Tarikh     : 10 Mei 2019

Masa      : 10.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahari 

Lokasi    :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang  

Peserta  : 6 Peserta

 

TUJUAN

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi kelainan kepada peserta dalam mengulangkaji pelajaran  matematik melalui aktiviti permainan pendidikan yang menghiburkan disamping memahirkan peserta kepada penggunaan komputer.

 

AKTIVITI 

Peserta diberi tunjuk ajar cara untuk memulakan laman web www.sheppardsoftware.com dan mereka dikehendaki memilih latihan matematik dan seterusnya menyelesaikan permainan pendidikan yang ada padanya.

Gambar di sini

 

ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK DAN MY HEALTH SEMPENA PROGRAM GALAKAN MEMBACA 2019

Tarikh     : 25 April 2019

Masa      : 8.30 Pagi sehingga 1.00 Tengahari

Lokasi    :  Perpustakaan Desa Kg Padang Durian  

Peserta  : 50 Peserta

 

TUJUAN 

Memperkenal dan mempromosikan Klik Dengan Bijak . Ia merupakan  sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Ia penting dalam membendung masalah penyalahgunaan internet yang boleh membawa risiko kepada kandungan-kandungan yang tidak sihat dan tidak bermoral. Selain itu adalah untuk memperkenal dan mempromosikan modul dashboard komuniti Pusat Internet iaitu My Health yang mana ia menyediakan kemudahan pemeriksaan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah secara percuma.

 

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya adalah pemeriksaan kesihatan iaitu My Health,  mewarna klik dengan bijak, Maze, kuiz klik dengan bijak dan teka silang kata klik dengan bijak.

Gambar di sini

 

E-PEMBELAJARAN (WORD SEARCH ACTIVITIES)

Tarikh     : 2 Mei 2019

Masa      : 2.30 Petang sehingga 4.30 Petang

Lokasi    :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang  

Peserta  : 5 Peserta

 

TUJUAN

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi keseronokkan serta membuka minda peserta supaya berfikir lebih kreatif dan juga berfikir di luar kotak iaitu berlainan daripada kebiasaan kerana aktiviti word search ini mengkehendaki mereka untuk mencari beberapa perkataaan tersembunyi.

 

AKTIVITI 
Peserta dibukakan  kepada laman web word search dan mereka diberi tunjuk ajar cara menggunakan tetikus bagi mencari perkataan yang tersembunyi. Mereka harus mencari beberapa perkataaan tersembunyi di dalam himpunan berpuluh-puluh mahupun beratus-ratus huruf mengikut kategori tertentu seperti buah-buahan, makanan, haiwan dan sebagainya.

Gambar di sini

 

PENDAFTARAN PEKERJAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM (SPA)

Tarikh     : 16 April 2019

Masa      : 11.00 Pagi sehingga 1.00 Tengahari

Lokasi    :  Pusat Internet Felda Sungai Tiang  

Peserta  : 2 Peserta

 

TUJUAN

Memberi pendedahan dan membantu golongan belia membuat pendaftaran pekerjaan dalam pekhidmatan awam (spa) supaya mereka berpeluang untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan masing-masing.

 

AKTIVITI 

Peserta dikehendaki membuka portal pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam (spa) dan seterusnya mereka dibantu untuk mengisi segala maklumat yang diperlukan.

Gambar di sini