LATIHAN MEDIA BARU (FACEBOOK)
Tarikh :15/2/2020 Masa :10.00pagi - 12.00 tengahari Tempat : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 2 Orang |
TUJUAN
Memperkenalkan peserta kepada latihan media baru. Latihan media baru merangkumi twitter ,facebook ,Instagram dan sebagainya.
AKTIVITI
Peserta diperkenalkan kepada salah satu latihan media baru iaitu facebook. Peserta diajar cara untuk membuka akan facebook. Seterusnya mereka diajar cara untuk memuatnaik gambar, mengemaskini profil, membuat status , pengumuman dan sebagainya yang bersesuaian.
ADVOKASI ONLINE BERSAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOKAI
Tarikh : 11 Februari 2020 Masa : 11.00 Pagi sehingga 1.00 Tengahari Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Tokai Peserta : 212 Orang |
TUJUAN
Pendedahan mengenai bahayanya penggunaan internet tanpa kawalan sehingga mendorong kepada online grooming iaitu pembentukan keperibadian kanak-kanak oleh pemangsa supaya kanak-kanak itu mendengar kata-kata atau suruhan pemangsa untuk tujuan seksual, keganasan dan jenayah
AKTIVITI
Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang program tersebut adalah penyampaian taklimat online grooming oleh petugas Pusat Internet Kluster Pendang, aktiviti tayangan video, kuiz online grroming dan juga teka silang kata online grooming. Akhir sekali adalah sesi penyampaian hadiah kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan betul serta penyampaian cenderahati kepada pihak sekolah sebagai tanda penghargaan kerana sudi bekerjasama sehingga program berjaya dilaksanakan.
KUIZ KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh : 28 Januari 2020 Masa : 2.30 Petang sehingga 4,30 Petang Tempat : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta :10 orang |
TUJUAN
Kuiz ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta supaya menggunakan internet dengan bijak bagi menggelakkan peserta terdedah kepada kandungan-kandungan yang tidak bermoral dan menjadi mangsa penipuan di internet.
AKTIVITI
Peserta dikehendaki menjawab beberapa soalan kuiz bertulis yang disediakan berkaitan dengan klik dengan bijak .Peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan banyak diberikan hadiah kerana berjaya memahami tajuk yang dibincangkan.
BENGKEL PENGGUNAAN LAMAN WEB KERAJAAN (SISTEM PENGURUSAN PERKAHWINAN ISLAM MALAYSIA)
Tarikh : 2 Februari 2020 Masa : 10.00pagi sehingga 12.00 tengahari Tempat : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 2 orang |
TUJUAN
Bengkel ini diadakan untuk membantu dan memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai sistem pengurusan perkahwinan Islam Malaysia yang harus dilakukan secara atas talian sekiranya mereka ingin melangsungkan perkahwinan.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar untuk membuka laman web SPPIM iaitu Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia dan seterusnya cara mengisi borang permohonan kebenaran berkahwin online.
MICROSOFT OFFICE(ASAS MICROSOFT POWERPOINT)
Tarikh : 18 Januari 2020 Masa : 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari Tempat : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 4 orang |
TUJUAN
Mendedahkan pengguna kepada ilmu ICT iaitu microsoft powerpoint dalam pembentangan visual yang mengandungi contoh gambar, diagram, bunyi, dan sebagainya dalam menjelaskan idea dan buah fikiran masing-masing.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjur ajar bagaimana cara untuk memulakan dan fungsi-fungsi yang terdapat pada sesebuah aplikasi powerpoint . Peserta diberikan beberapa siri latihan penyediaan slide pembentangan .Mereka dikehendaki menyiapkan latihan yang diberikan sehingga terhasilnya slide pembentangan yang lengkap dengan informasi,kemas dan menarik.