BENGKEL ASAS PENGENALAN KOMPUTER DAN PAINT BERSAMA PELAJAR TABIKA KEMAS PADANG DURIAN 

Tarikh     : 3 November 2019

Masa      : 9.00 Pagi sehingga 11.00 pagi 

Lokasi    : Tabika Kemas Padang Durian  

Peserta  : 26 Peserta

 

TUJUAN

Dengan kerjasama Sukarelawan ICT Malaysia (MIV)  bengkel asas pengenalan komputer dan paint telah diadakan kepada pelajar Tabika Kemas Padang Durian yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai ilmu ict. Untuk bengkel ini peserta didedahkan kepada komponen-komponen utama sesebuah komputer, laptop mahupun netbook. Selain itu mereka diajar cara menggunakan aplikasi paint.

AKTIVITI

Sukarelawan ICT Malaysia (MIV)  mengendalikan bengkel dengan memperkenalkan komponen-komponen utama kepada peserta seperti monitor, papan kekunci  dan tetikus. Seterusnya mereka diajar menggunakan aplikasi paint untuk menghasilkan sebuah gambar atau lukisan yang cantik dan menarik.

Gambar di sini