KELAS RESUME
Tarikh : 19 Oktober 2019 Masa : 3.30 Petang sehingga 5.30 Petang Lokasi : Pusat Internet Felda Sungai Tiang Peserta : 2 Peserta |
TUJUAN
Program ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta dalam menghasilkan resume. Resume adalah dokumen ringkas dan padat yang mengandungi maklumat diri, pendidikan, kelayakan profesional serta pengalaman individu tersebut. Resume adalah sesuatu yang penting dan perlu dalam membantu untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar cara untuk memulakan microsoft word serta mereka dikehendaki menghasilkan satu resume diri yang lengkap dan boleh digunakan sekiranya ingin memohon sebarang pekerjaan.