KARNIVAL KESIHATAN " MAI PAKAT SIHAT" PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN KUBUR PANJANG DAN SAMBUTAN HARI DIABETES SEDUNIA "THE FAMILY AND DIABETES" PERINGKAT DAERAH PENDANG 2019

Tarikh     : 23 November 2019

Masa      : 7.30 Pagi sehingga 12.00 Tengahari  

Lokasi    : Klinik Kesihatan Kubur Panjang

Peserta  : 100 Peserta

 

TUJUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai pentingnya penjagaan kesihatan melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut adalah pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan pergigian, saringan Peka B40,booth interaktif Persatuan Diabetes, senamrobik dan sebagainya. Pusat Internet Kluster Pendang turut mengambil inisiatif untuk turut sama membantu masyarakat dalam menjaga kesihatan melalui aktiviti Explorace Sihat. Explorace Sihat merupakan aktiviti penyediaan menu sihat iaitu sandwich. Disamping itu Pusat Internet Kluster Pendang turut mempromosikan kewujudan, kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan dalam memastikan masyarakat sekeliling tidak ketinggalan dalam ilmu ict.

 

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang berlangsungnya program tersebut iaitu Explorace Sihat, Pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan pergigian, saringan Peka B40,booth interaktif Persatuan Diabetes, senamrobik dan sebagainya. 

Gambar di sini