PERLANCARAN MENARIK DI PENDANG

 

Tarikh    : 23  - 26 November 2017

Masa      : 9.00 Pagi- 10.00 Malam

Tempat   : Mini Stadium Pendnag

Peserta  : 200 

 

Tujuan

“Menarik Di Pendang” merupakan satu inisiatif yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memperkasakan daerah Pendang sebagai destinas tarikan pelancong. Ini termasuklah memperkenalkan destinasi makanan yang popular, tempat pelancongan, lokasi penginapan serta produk-produk usahawan tempatan yang boleh diketengahkan. Pusat Internet  Kluster Pendang bertindak sebagai pelaksana bagi menjayakan agenda “Menarik Di Pendang”. Dengan itu, pelancaran Menarik Di Pendang bertujuan untuk menghebahkan kepada umum secara rasmi berkaitan Menarik Di Pendang sebagai satu platform untuk mengetengahkan dan memajukan daerah Pendang sebagai destinasi yang dikenali ramai dari segenap aspek termasuk sosio-ekonomi, politik, pendidikan, dan kebudayaan. Pelancaran Menarik Di Pendang ini diadakan sempena dengan sambutan Program Pesta Pendang 2017 yang berlangsung selama empat hari daripada 23 hingga 26 November 2017.

 Antara objektif yang ingin disasarkan adalah:

I. Memperkenalkan platform Menarik Di Pendang dan tujuannya diwujudkan kepada seluruh masyarakat.
II. Mewujudkan hubungan dua hala antara dengan agensi-agensi yang berkaitan bagi tujuan menjayakan Menarik Di Pendang.
III. Mengeratkan hubungan bersama antara pemimpin tempatan serta masyarakat seluruhnya bagi kemajuan daerah Pendang.
IV. Memperkasakan dan memajukan daerah Pendang sebagai destinasi yang dikenali ramai dari segenap aspek.
V. Menggalakkan penyertaan menyeluruh komuniti dalam menjayakan Menarik Di Pendang
VI. Menerima maklum balas dan cadangan komuniti setempat untuk tujuan penambahbaikan perkhidmatan yang sedia ada.

 

Aktiviti

  • Jualan dan Pameran
  • Himpunan Perdana Pelajar-pelajar Taklim Daerah Pendang
  • Malam Kesenian Islam (Ceramah Agama oleh Datuk Ustaz Kazim Elias)Bengkel Kesenian Masyarakat Siam
  • Hari Keluarga LPPKN
  • Persembahan Kebudayaan Masyarakat Siam
  • Upacara Perasmian Pembukaan Pesta Pendang 2017 dan Pelancaran “Menarik Di Pendang”
  • Persembahan Mek Mulung dan Tarian Kebudayaan 
  • Pertandingan Memancing dan Fun Ride Pesta Pendang 
    Sukan Rakyat
    Persembahan Pentas oleh Artis Terkenal
    Pertandingan Masakan Tradisional/Menu Rakyat
    Persembahan Ghazal Party

  • Gambar disini