PERTANDINGAN DAM ULAR KLIK DENGAN BIJAK

 

Tarikh         : 13 November 2017 

Masa          :   2.15 Petang sehinggan 4.15 Petang

lokasi          : Pusat Internet Felda Sungai Tiang

Peserta       : 7 Orang

Tujuan

Tujuan aktiviti  ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua peserta  tentang risiko yang mungkin dihadapi apabila seseorang itu melayari internet kerana mereka mungkin terdedah kepada risiko seperti penipuan dan buli siber. Dengan adanya aktiviti ini, sedikit sebanyak ia dapat membantu mereka supaya lebih berhati-hati dan beringat ketika melayari internet bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara yang tidak diingini. 

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan ringkas mengenai klik dengan bijak. Setelah setiap peserta memahami maklumat yang disampaikan oleh petugas, pertandingan dam ular klik dengan bijak dimulakan. Peserta yang sampai terlebih dahulu dipetak yang ke 100 merupakan juara bagi pertandingan ini.

 Gambar disini